View: 2640|Reply: 3
|
600 kunci di penjara terpaksa ditukar selepas intern Whatsapp gambar selfie
[Copy link]
|
|
600 kunci di penjara terpaksa ditukar selepas intern Whatsapp gambar selfie
Mendapat pekerjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang tentunya dapat membuat seseorang itu bangga dan sedaya upaya cuba untuk memberikan tanggapan pertama yang baik kepada rakan-rakan kerja serta majikan baru.
Malangnya buat seorang pekerja pelatih di sebuah penjara Jerman ini, dia melakukan perkara yang sebaliknya apabila dia bertindak menghantar gambar kunci institusi itu kepada rakannya di WhatsApp.
Walaupun tidak mempunyai niat untuk menyebarkan maklumat keselamatan penjara tersebut, tindakannya itu ternyata menjejaskan sekuriti penjara.
Akibatnya kesemua 600 kunci di kemudahan itu terpaksa ditukar dan lelaki malang itu juga perlu mengeluarkan puluhan ribu Euro untuk membayar denda selain diberhentikan kerja serta merta.
Foto sekadar hiasan. Kredit foto: Martin Gruber,
Bekas intern yang bekerja di penjara JVA Heidering itu dikatakan mengambil selfie di dalam penjara dan mengirimkannya kepada rakan-rakannya melalui Whatsapp.
Dalam gambar tersebut, dia dilihat memegang kunci paling penting di penjara tersebut iaitu kunci utama yang mengunci semua sel lokap dan pintu laluan.
Menurut sumber, intern tersebut ingin menunjukkan kepada rakan-rakannya betapa hebatnya pekerjaan barunya itu.
Namun dia tidak menyedari kesan dari tindakannya itu di mana gambar kunci yang tersebar dapat dihasilkan dengan mudah oleh pakar.
Sekiranya perkara tersebut terjadi dan replika kunci diseludupkan ke dalam, perkara itu dapat menyebabkan banduan terlepas dari penjara berkenaan, yang kini menampung 657 tahanan.
SUMBERAD BIBLE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
beli je lah lock basikal baru kt shopee. baru rm 8 x 657 sel baru berapa. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha kenapa aku baca mcm lawak pun ada. Gile selfie sangat kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|