|
Puaka Lubuk Kolam
Kisah ini diceritakan oleh seorang rakan yang sememangnya seorang kaki pancing tegar. Ia sudah lama berlaku di negeri Perak. Begini ceritanya…
Tengah hari yang cerah, cuaca yang baik untuk pergi ke Lubuk Kolam, Air Kuning, Taiping. Mat dan Bob dari Team RL menyiapkan persiapan mereka untuk memancing ikan tengas. Di Lubuk Kolam memang terkenal dengan ikan yang besar sehingga mencecah lebih 3kg.
Perjalanan bermula dengan menaiki motosikal dan bersambung dengan berjalan kaki di tepi jeram sungai mendaki bukit untuk sampai ke lubuk tersebut. Pada jam 2 petang mereka tiba di Lubuk Kolam dan agak memenatkan, mereka pun merehatkan diri di tepi jeram sungai sambil menyiapkan kelengkapan untuk memancing tengas.
“Letak je dah lekat ikan tengas,” kata Mat pada Bob dengan senyum melebar. Memang lapar betul ikan tengas di sini. Mat dan Bob asyik menaikkan ikan tengas yang boleh tahan saiznya.
Tidak lama kemudian ikan semakin kurang menyambar umpan. Bob mula naik mencari port yang lebih sesuai lebih tinggi dari port yang dipancing oleh Mat. Biarlah Mat seorang diri terus melayan di lubuk tersebut.
Tidak sampai setengah jam, Mat melihat Bob berlari bergegas turun dari celah-celah batu sungai menuju ke arah Mat. Sebaik sahaja sampai di tepi Mat, Bob menepuk bahu Mat sambil bersuara cemas.
“Mat… jom blah!”
Dengan tiba-tiba, selepas ditepuk oleh Bob, Mat melihat keadaan sekeliling menjadi gelap gelita, mereka memang terkelu melihat keadaan sekeliling, mereka merasakan keadaan baru jam 4 atau 5 petang, tetapi jam di tangan menunjukkan pukul 10 malam.
Keadaan yang gelap di hutan tebal, yang tidak ada kampung yang berhampiran. Mereka pula tidak membawa sebarang lampu, dengan hanya pemetik api rokok yang dijadikan lampu untuk menyuluh mereka pulang ke bawah. Dalam serba kepayahan dan mendebarkan mereka berjaya juga keluar dari kawasan tersebut.
Sehingga ke hari ini, Bob dan Mat masih mengatakan mereka baru sahaja tiba di Lubuk Lakom, tetapi hari sudah gelap dengan tiba-tiba. Memang sukar untuk diterima oleh akal. Mujur tak disesatkan atau hilang begitu saja.
Sumber : https://www.umpan.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Kiranya mcm ilusi je la tu kan.. Nampak siang padahal dah malam |
|
|
|
|
|
|
|
Wow ... misteri terleka ker , atau terlipat masa tanpa sedar.. |
|
|
|
|
|
|
|
berun replied at 21-3-2021 10:55 AM
bayangan mcm kena pukau
Dah agak dah |
|
|
|
|
|
|
|
Kaki2 pancing mesti banyak hadap benda2 misteri mcm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|