View: 13186|Reply: 5
|
Kenapa arah kiblat berubah? sedangkan kedudukan Ka’bah tidak berubah.
[Copy link]
|
|
Kenapa arah kiblat berubah? sedangkan kedudukan Ka’bah tidak berubah.
Setiap tahun pasti ada waktu-waktu yang ditetapkan untuk kita memastikan kembali arah kiblat. Kita dapat lihat,ada diantara masjid-masjid berubah kedudukan kiblatnya. Tidak hanya masjid,malah arah kiblat dikbur juga dilihat turut diubah.
Kesannya,dapatlah kita lihat kedudukan kbur itu tidak selari,malah ada yang senget benget. Mengapa hal ini boleh terjadi sedangkan Ka’bah di Mekah masih tetap diatas kedudukannya?
Menurut satu ceramah Ustaz Abdul Somad daripada Indonesia. Dulu katanya ada Professor daripada Institut Teknolgi Bandung, beliau mengatakan sebuah teori iaitu kerak bumi ini bergeser seperti kain alas meja liar bergeser. Maka ketika terjadinya Tsunami pada tahun 2004,banyaklah terjadi geseran di kerak-kerak bumi khususnya di Sumatera. Oleh sebab itu banyaklah kiblat-kiblat di masjid itu ikut bergeser.
Hal ini telah menyebabkan masjid-masjid sibuk mengukur arah kiblat. Tetapi tidak lama selepas itu datang pula seorang profesor lain daripada institut yang sama mengatakan sebenarnya kerak bumi ini tidak bergeser kerana ada pasak atau paku-paku yang telah dipasang oleh Allah di muka bumi. Hal ini merujuk kepada surah An Naba’ Ayat 6-7 yang bermaksud Bukankah Kami telah menjadikan Bumi itu sebagai hamparan? dan gunung-gunung sebagai pasak?,”
Anologinya sama seperti kain alas meja yang ada paku-paku ditepinya tidak akan bergerak bila adanya paku tersebut. Hikmahnya daripada teori tersebut maka banyak masjid-masjid mula mengukur semula arah kiblat dengan cara yang betul. Ada dua masjid yang jarak keduanya hanya 500 meter. Satu berubah kiblat,lagi situ tidak.
Kesimpulannya,hal ini bukan disebabkan berlaku pergeseran kerak bumi,tetapi sebenarnya banyak masjid-masjid yang telah tersalah ukur. Samalah juga apa yang terjadi di Malaysia. Kebanyakan masjid mengukur kembali kiblat adalah disebabkan telah tersalah ukur sejak sekian lamanya. Maka dengan teknologi yang ada sekarang dapatlah digunakan untuk mengukur kembali arah kiblat supaya lebih tepat.
Arah kiblat yang tepat sangat penting. Bagi yang mengatakan tidak apa salah sikit arah kiblat,ketahuilah satu atau dua darjah berganjak dari arah kiblat menyebabkan anda tersasar 126 kilometer daripada Ka’bah.
https://youtu.be/peG1O6HV81s
Persoalan arah kiblat
Arah kiblat adalah di mana umat Islam menghadapkan diri mereka apabila menunaikan solat dan perkara-perkara yang disunat menghadap ke arahnya.
Ahli falak menakrifkan ia adalah arah ke kaabah yang terdekat di atas blob bumi. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah wajahmu ke aras Masjidil Haram…(al-Baqarah: 149)
Disebabkan kedudukan Malaysia yang berada jauh dari Mekah, maka ulama berijtihad dalam menentukan arah kiblat. Sebabnya, ulama sepakat bahawa menghadap ke kiblat adalah syarat sah solat.
Bagi yang mengambil sikap tidak apa jika arah kiblat lari satu atau dua darjah, ketahuilah satu darjah bermakna kita lari 126 kilometer dari kaabah.
Bagi Mazhab Syafie ada tiga kaedah berhubung syarat sah menghadap kiblat:
1. Kiblat yakin– bagi orang yang berada di Masjidil Haram, wajib menghadapnya dengan yakin (melihat) atau menyentuhnya (bagi yang cacat penglihatan) atau dengan cara lain yang boleh dipastikan asal ada keyakinan.
2. Kiblat zonni– bagi yang berada jauh dari Masjidil Haram hendaklah menghadap ke arah masjid secara zonni iaitu melalui pertanyaan kepada mereka yang berpengetahuan seperti penduduk Mekah.
3. Ijtihad– Bagi seseorang yang berada di luar Tanah Suci Mekah, hendaklah menghadap ke arah Tanah Suci dengan tujuan menghadap Masjidil Haram atau kaabah. Ini bergantung kepada ijtihadnya untuk melaksanakan tuntutan syarak.
Kaedah menentukan kiblat
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi menentukan arah kiblat sama ada cara moden atau tradisional. Antaranya:
Berpandukan buruj orion
Buruj ini dikenali sebagai buruj kiblat atau bintang kiblat. Ia mempunyai tiga bintang berderetan iaitu Mityaka, An-Nilam dan an-Nitak.
Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan ketiga-tiga bintang ini ke arah barat. Namun, buruj ini boleh kelihatan pada bulan tertentu sahaja iaitu:
a) Julai- Pada waktu subuh. b) Disember- Kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam. c) Mac- Berada di tengah-tengah langir pada waktu maghrib.
Berpandukan bintang qutbi atau kutub
Bintang qutbi menunjukkan arah utara benar. Bintang ini terletak dalam buruj yang dinamakan ‘Biduk Kecil’ dan berada di hujung tangkai buruj.Ia berada di langit Malaysia waktu tengah malam pada Julai hingga Disember setiap tahun. Arah kiblat boleh ditentukan berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 68 darjah (bagi Malaysia) ke kiri dari bintang qutbi.
Berpandukan matahari terbenam
Kaedah ini semata-mata adalah tidak tepat. Sebabnya, matahari sentiasa berubah iaitu enam bulan ke utara dan enam bulan ke selatan.Maka pengetahuan akan perbezaan azimut matahari terbenam dengan azimut kiblat amat penting bagi menentukan arah kiblat yang betul.
Matahari istiwa’ di atas kaabah
Di Malaysia peristiwa ini akan berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei pukul 5.16 petang dan 16 Julai pukul 5.28 petang.Apabila peristiwa ini berlaku, bayang-bayang sesuatu objek akan menunjukkan arah ke kaabah.
Perlu diingat, memandangkan fenomena ini berlaku waktu petang, maka bayang objek akan jatuh ke arah timur. Oleh itu, arah yang menunjukkan kiblat adalah bayang yang menghadap ke arah objek itu.
Tongkat istiwa’
Kaedah ini adalah kaedah tradisional bagi mendapatkan arah utara dan selatan pada sesuatu tempat. Ia bukan sahaja mudah tetapi tetapi. Bagaimanapun, ia perlu mengikut enam cara yang ditetapkan.
Penggunaan rubu’ mujayyab
Ini adalah kaedah tradisional yang digunakan sejak berkurun lamanya. Alat serbaguna ini direka oleh seorang ahli falak yang terkenal di Syria pada abad ke-14 iaitu Ibn Syatir.
Ia berbentuk sukuan yang diguna bagi mengukur ketinggian matahari atau objek di langir, arah kiblat, waktu solat, kedudukan (longitud dan latitud) sesuatu tempat serta menyelesaikan masalah hitungan dengan mudah.
Penggunaan kompas
Kompas adalah alat yang mudah diperoleh dan diguna untuk menentukan arah kiblat. Cara menggunakannya perlu betul kerana alat tersebut amat sensitif dengan tarikan magnetik seperti besi, arus elektrik, alat elektronik dan sebagainya.
Namun ia masih boleh digunakan sebagai langkah ijtihad terakhir dalam menentukan arah kiblat. Kegunaannya adalah untuk peribadi sahaja.
Arah kiblat dalam kapal terbang dan laut
Jika penumpang tidak dapat menghadap kiblat disebabkan keuzuran atau kesukaran, maka dia wajib tunaikan solat pada waktu itu. Maka bolehlah dia melakukannya sekalipun tanpa menghadap kiblat demi menghormati waktu. Namun, ia wajib mengulanginya solat itu apabila tiba di destinasi.
Arah kiblat dalam hutan
Jika tersesat dalam hutan pada waktu malam sedangkan kita tidak dapat mengesan arah kiblat, ketika dalam darurat itu bolehkah menghadap ke arah mana pun yang kita anggap betul.Pada ketika itu, yang paling penting ialah kiblat hati iaitu Allah SWT. – Mohd. Radzi Mohd. Zin
Rujukan 1: Ceramah Ustaz Abdul Somad
Rujukan 2: Utusan
Ditulis oleh : Realmerah.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga SS laksa baca thread ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketahuilah kita kat malaysia ni tak pernah sekalipun bersembahyang menghadap kiblat.
Disebabkan bentuk bumi ini bulat, kita hanya menghadap ke angkasa lepas walau ke arah mana sekalipun kedudukan kita semasa solat. |
|
|
|
|
|
|
|
DinJawi replied at 14-4-2021 06:58 AM
Ketahuilah kita kat malaysia ni tak pernah sekalipun bersembahyang menghadap kiblat.
Disebabkan ben ...
takpe takde masalah...kita,hanya,menghadap secara,pndgn terzahir dan itu memadai....dan tidak disyaratkan mengambil kira lengkungan bumi lalu dibandingkan dgn garis,lurus,ke angkasa,
kaedah itu tidak dipakai oleh mana mana,ulamak... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulannya,hal ini bukan disebabkan berlaku pergeseran kerak bumi,tetapi sebenarnya banyak masjid-masjid yang telah tersalah ukur. Samalah juga apa yang terjadi di Malaysia.
Ada kajian dah dibuat pasal pergerakan ini:
http://etheses.uin-malang.ac.id/1899/
Hasil penelitian menunjukkan bahwa pergeseran lempeng bumi dapat mempengaruhi arah kiblat, dengan perubahan lintang dan bujur tempat pada kisaran satuan detik dengan kurun waktu 7 tahun. Perubahan tersebut bisa diketahui dengan adanya selisih antara data lintang dan bujur tempat tahun 2010 dikurangi dengan data lintang dan bujur tempat tahun 2003. Karena lintang dan bujur tempat berubah, maka hasilnya juga mempengaruhi azimuth kiblat. Tetapi, perubahan tidak membawa dampak yang besar, karena perubahannya berkisar pada satuan detik. Untuk itu, dalam kurun waktu 30 tahun sampai dengan 50 tahun mendatang, perlu adanya koreksi arah kiblat, yang memungkinkan perubahan lintang dan bujur tempat akibat pergeseran lempeng bumi berada pada satuan menit.
Kesilapan geomatik semasa pembinaan sepatutnya tidak berlaku lagi selepas adanya procedure JAKIM dan Jabatan Agama Islam dalam meluluskan pembinaan masjid dan surau. Termasuk juga sijil arah kiblat bagi mussola-musolla dalam bangunan yang tidak mengadap kiblat.
Allah menerangkan gunung sebagai pasak dan gunung juga bergerak...
وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ ۚ صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ ۚ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ
"Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS An Naml [27]: 88).
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu kita kat South Africa mengadap utara dah tu senget kan sikit sejadah ke kanan. Klu kita kat Hawaii nak mengadap matahari terbit atau matahari tenggelam? |
|
|
|
|
|
|
| |
|