|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muhammad bin Rafi', diceritakan oleh Abdurrazaq, diceritakan oleh Ja'far bin Sulaiman, daripada Tsabit, daripada Anas bin Malik,
"Nabi s.a.w. selalu berbuka dengan rutab (kurma basah) sebelum solat.
Jika Nabi s.a.w. tidak mendapatinya, maka (Nabi s.a.w. berbuka) dengan tamar (kurma kering).
Dan jika tidak mendapatkan tamar, Nabi s.a.w. berbuka dengan meneguk air tiga (3) kali.
(Hadith Tirmidzi no. 632)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 11-5-2021 04:56 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by boca120879 at 11-5-2021 01:22 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Abdullah bin Maslamah Al Qa'nabi, daripada Malik, daripada Sumai (bekas hamba Abu Bakr bin Abdurrahman), daripada Abu Bakr bin Abdurrahman, daripada sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w.,
"Aku melihat Rasulullah s.a.w. memerintahkan orang-orang
ketika dalam perjalanannya pada tahun penaklukan Mekah
untuk berbuka (puasa)."
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Perkuatkan tubuh kalian
untuk menghadapi musuh!",
sementara Rasulullah s.a.w. berpuasa.
Sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w. berkata,
"Sungguh aku telah melihat
Rasulullah s.a.w. di Al 'Arj
mencurahkan air ke kepalanya
kerana haus atau panas,
sementara Rasulullah s.a.w. sedang berpuasa."
(Hadith Abu Daud no. 2018)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya) |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Ali bin Muhammad, diceritakan oleh Abdullah bin Numair, daripada Ubaidullah, daripada Nafi',
"Aku bertanya kepada Ummu Salamah tentang
seorang lelaki yang pada waktu Subuh
dalam keadaan junub
padahal dia ingin berpuasa.
Ummu Salamah menjawab,
"Pernah Rasulullah s.a.w. bangun pada waktu Subuh
dalam keadaan junub
kerana hubungan kelamin,
bukan kerana mimpi.
Setelah itu Rasulullah s.a.w. mandi hadas besar
dan menyempurnakan puasanya."
(Hadith Ibnu Majah no. 1694)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 11-5-2021 09:58 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Musaddad, diceritakan oleh Isa bin Yunus, diceritakan oleh Hisyam bin Hassan, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang muntah tanpa sengaja
ketika sedang berpuasa,
maka dia tidak berkewajipan untuk menqadhanya.
Dan apabila dia sengaja untuk muntah,
maka hendaklah dia menqadhanya."
(Hadith Abu Daud no. 2032)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 12-5-2021 04:24 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by boca120879 at 18-5-2021 01:33 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Makhlad bin Khalid, diceritakan oleh Abdurrazzaq, diceritakan oleh Ma'mar, daripada Tsabit, daripada Anas,
"Nabi s.a.w. datang kepada Sa'ad bin 'Ubadah,
lalu Sa'ad bin 'Ubadah menghidangkan roti dan minyak samin.
Nabi s.a.w. kemudian memakannya,
setelah itu Nabi s.a.w. bersabda,
"Telah berbuka di rumahmu orang-orang yang berpuasa,
telah makan makananmu orang-orang yang baik,
dan berselawat kepadamu para malaikat."
(Hadith Abu Daud no. 3356)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Bukhari no. 1823 Darjat: Sahih
Diceritakan oleh 'Abdullah bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Abu Usamah, daripada Hisyam bin 'Urwah, daripada Fatimah, daripada Asma' binti Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a.,
"Kami pernah berbuka puasa pada zaman Nabi s.a.w. ketika hari mendung.
Ternyata kemudian, matahari muncul kembali (jangkaan sudah masuk waktu berbuka meleset).
Maka orang ramai (yang terlibat) diperintahkan untuk mengqadhanya.
Dan Nabi s.a.w. bersabda, "Harus dilaksanakan qadha".
Dan Ma'mar mendengar daripada Hisyam bin 'Urwah, "Aku tidak tahu apakah mereka kemudian mengqadha'nya atau tidak."
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|