CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1627|Reply: 7

[Sarawak] Covid19 20/04/2021

[Copy link]
Post time 20-4-2021 07:32 PM | Show all posts |Read mode
Hari ini terdapat 600 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Bintulu (110), Sibu (98), Kuching (83), Meradong (54), Kapit (41), Tatau (38), Mukah (31), Sarikei (25), Miri (24), Song (20), Kanowit (13), Serian (10), Betong (10), Beluru (7), Selangau (6), Subis (6), Kabong (6), Marudi (5), Samarahan (5), Saratok (4), Pakan (3) dan Julau (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 25,129 kes.

Daripada 600 kes baharu yang dilaporkan, seramai 73 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 544 adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:

I. 425 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (35 kes bergejala).
II. 116 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (1 kes bergejala).
III. 37 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.
IV. 19 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (kes tidak bergejala).
V. 2 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B ).
VI. 1 kes melibatkan individu balik dari luar negara (Import A) iaitu dari negara India.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2021 07:34 PM | Show all posts
Hari ini terdapat satu (1) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 141 orang.

I. Kes Kematian Ke-141.

Kes kematian ke-141 melibatkan kes ke-21,271 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 74 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sarikei kerana mengalami gejala demam beberapa hari yang lepas.

Kes telah diberi bantuan pernafasan kerana mengalami kesukaran bernafas.
Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID- 19 pada 14 April 2021.

Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 19 April 2021.

Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, dislipidemia, anemia dan penyakit buah pinggang tahap akhir.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 07:36 PM | Show all posts
Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).

Hari ini terdapat 521 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari PKRC Penjara Sri Aman (260), PKRC di bawah Hospital Sibu (75), Hospital Umum Sarawak (39), PKRC di bawah Hospital Miri (36), Hospital Sarikei (33), PKRC Betong (32), PKRC di bawah Hospital Kapit (30), PKRC Mukah (7), Hospital Sri Aman (6), Hospital Bintulu (2) dan PKRC Serian (1).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 19,227 orang atau 76.51% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 5,695 orang.
Manakala, 596 PUI baru telah dilaporkan dan lima (5) PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

**
Alhamdulillah ...ramai gak dah sembuh ... terutama nya kes yang melibatkan Penjara Sri Aman ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 07:39 PM | Show all posts
Kluster Baharu [Tiga(3) Kluster Baharu].
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan tiga (3) kluster baharu iaitu Kluster Pasar Ikan Sebiew, Bintulu, Kluster Sungai Rian, Meradong dan Kluster Kampung Tengah, Betong

Kluster Tamat [Dua (2) Kluster Tamat].
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) kluster tamat iaitu Kluster Jalan Awang, Sibu dan Kluster Nangga Bulo, Julau setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari yang lepas.

Kluster Yang Masih Aktif.
Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 50 kluster. Sebanyak 15 kluster telah merekodkan 118 penambahan kes baharu manakala 35 kluster tidak merekodkan penambahan kes.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 07:41 PM | Show all posts
Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.

Hari ini, Daerah Asajaya dan Kabong telah kembali ke status Kuning daripada status Jingga setelah merekodkan masing- masing 18 dan 17 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.


Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga telah menurun kepada empat (4) daerah.

Daerah Tatau telah bertukar status kepada status Merah , daripada status Jingga setelah merekodkan sebanyak 71 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.


Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah meningkat kepada 21 daerah.

Daerah Song telah bertukar status kepada status Jingga daripada status Kuning setelah merekodkan sebanyak 36 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.


Jumlah daerah berstatus Kuning sebanyak 11 daerah.

Manakala empat (4) daerah kekal berstatus Hijau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 07:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-4-2021 07:46 PM | Show all posts
Pelajar Institusi Pendidikan yang tinggal di Asrama

Bagi pelajar-pelajar yang tinggal di Insitusi Pendidikan dan sekolah berasrama, mereka tidak dibenarkan keluar atau balik. Mereka dikehendaki untuk terus KEKAL di asrama masing-masing demi keselamatan diri dan keluarga.

SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK

20 April 2021
5.00 petang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 08:12 PM | Show all posts
Pelajar asrama tak dibenar balik

KUCHING: Pelajar yang tinggal di asrama sekolah dan institusi pendidikan tidak dibenarkan keluar atau balik ke rumah, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

"Mereka dikehendaki untuk terus kekal di asrama masing-masing demi keselamatan diri dan keluarga," katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Sekolah, institusi pendidikan, tadika dan taska di zon merah di Sarawak diarahkan ditutup selama dua minggu bermula hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat tiga lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak hari ini iaitu Kluster Pasar Ikan Sebiew (Bintulu), Kluster Sungai Rian (Meradong) dan Kluster Kampung Tengah (Betong).

Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 50 kluster.

“Sebanyak 15 kluster telah merekodkan 118 penambahan kes baharu manakala 35 kluster tidak merekodkan penambahan kes. Sementara itu, sejumlah dua kluster tamat iaitu Kluster Jalan Awang di Sibu dan Kluster Nangga Bulo di Julau setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari yang lepas,” katanya.

Bagi Kluster Pasar Ikan Sebiew, sejumlah 21 individu telah disaring dan sepuluh daripadanya negatif ujian rT- PCR manakala lima masih individu masih menunggu keputusan ujian saringan.

Bilangan kes baharu membabitkan kluster ini adalah satu dengan kumulatif kes sebanyak enam.

Kluster Sungai Rian di Meradong pula mencatatkan sejumlah 119 individu telah disaring dengan 63 individu didapati negatif ujian rT- PCR dan lapan masih menunggu keputusan.

Terdapat 47 kes baharu membabitkan Kluster Sungai Rian dengan kumulatif kes sebanyak 48.

Sementara itu, seramai 385 individu telah disaring membabitkan Kluster Kampung Tengah di Betong, dengan 163 individu didapati negatif ujian rT- PCR dan 207 individu masih menunggu keputusan.

Bilangan kes baharu untuk kluster ini adalah lima dengan 15 kumulatif kes.

Uggah dalam pada itu turut mengisytiharkan Daerah Asajaya dan Kabong telah kembali ke status Kuning daripada status Jingga setelah masing-masing merekodkan 18 dan 17 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga telah menurun kepada empat daerah.

“Daerah Tatau pula telah bertukar status kepada status Merah daripada status Jingga setelah merekodkan sebanyak 71 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” ujar beliau sambil menambah, ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah meningkat kepada 21 daerah.

“Sementara itu, Daerah Song telah bertukar status kepada status Jingga daripada status Kuning setelah merekodkan sebanyak 36 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, jumlah daerah berstatus Kuning kini sebanyak 11 daerah manakala empat daerah kekal berstatus Hijau.

Uggah turut memaklumkan JPBNS telah menamatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Gong, Siburan, Serian

“Ia memandangkan keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu dan juga tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kawasan tersebut,” katanya.

Uggah juga menyatakan JPBNS bersetuju dengan syarat-syarat tambahan bagi Garis Panduan (SOP) yang telah disyorkan oleh Bahagian Kuching, Betong, Sibu, Bintulu dan Miri mulai 21 April 2021.

Maklumat lengkap berhubung SOP ini katanya, akan dipaparkan di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.064257 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list