View: 1027|Reply: 0
|
Kekal ideal demi Olimpik
[Copy link]
|
|
Kekal ideal demi Olimpik
PANDELELA dan Mun Yee layak ke Sukan Olimpik Tokyo.
Kuala Lumpur: Perancangan rapi diatur oleh Institut Sukan Negara (ISN) bersama pemenang pingat perak temasya Olimpik Rio dalam acara terjun 10m seirama, Pandelela Rinong untuk memastikan jisim badan penerjun negara itu ideal.
Ini bagi memastikan pemenang pingat pertama di Olimpik dalam acara terjun itu berada di tahap terbaik dan kekal cergas ketika beraksi di temasya Olimpik Tokyo Julai ini.
Melihat bentuk tubuhnya yang kelihatan lebih kurus, Pandelela berkata, ia adalah perancangan yang diatur ISN agar dapat memberi peningkatan tenaga dan kekuatan.
"Memang badan saya kurus tapi yang penting lean body mass (jisim badan tanpa lemak) saya dah terbaik. Ia sangat penting kerana akan membuatkan saya kekal cergas di Olimpik. Jika lean body mass saya tinggi, ia akan memberikan tahap kecergasan yang lebih," katanya.
Pandelela akan menguji kemampuan dirinya apabila turun beraksi di kejohanan Terjun Piala Dunia di Jepun yang akan bermula dari 1 Mei hingga 6 Mei ini.
Dia yang turut mendapatkan vaksin dos pertama pada 13 April lalu berkata, latihan diteruskan seperti biasa dan kini mengharapkan lebih banyak dapat menyertai pertandingan di luar negara selepas proses penerimaan vaksin lengkap.
"Saya rindu nak bertanding di luar negara. Piala Dunia ini kejohanan pertama selepas setahun tidak beraksi. Penyertaan ini lebih kepada untuk memanaskan badan dan melihat prestasi atlet dari negara lain," katanya yang sudahpun melayakkan diri ke temasya Olimpik Tokyo dalam acara 10m individu dan seirama bergandingan bersama Leong Mun Yee.
Kali terakhir ratu terjun negara itu beraksi adalah di kejohanan Terjun Siri Dunia di Kanada pada Mac tahun lalu dengan kejayaan meraih satu perak dan satu gangsa, masing-masing dalam acara 10m seirama dan individu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|