CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2451|Reply: 8

[Sarawak] Tidak balik sejak 13 Januari

[Copy link]
Post time 23-4-2021 09:15 AM | Show all posts |Read mode



CARI PENYELESAIAN… Jack Aman Luat mengadakan sesi dialog bersama wakil pekerja di sebuah kilang di Samalaju, semalam.
BINTULU: Sebuah kilang di Samalaju di sini tular di media sosial Facebook selepas tersebar satu rakaman menunjukkan sekumpulan pekerja mogok pada lewat malam Rabu.

Susulan itu, Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat bersama pihak berkuasa tampil di lokasi kejadian semalam bagi mengetahui punca mogok tersebut.
“Mereka (pekerja) tidak ber- puas hati kepada pihak pengurusan yang telah terlampau lama tidak membenarkan pekerja balik dan dikehendaki tinggal di asrama pekerja serta beberapa isu yang sedikit membebankan mereka.

“Kebanyakan mereka tidak balik sejak 13 Januari dan lepas itu dimaklumkan lagi bahawa tempoh tersebut disambung lagi hingga bulan Jun,” katanya, ketika ditemui Utusan Sarawak.

Justeru, beliau memberitahu, satu dialog telah diadakan bersama wakil pekerja bagi memberi jalan penyelesaian terbaik untuk para pekerja kilang terbabit.
“Saya terpaksa membawa Pegawai Daerah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Pengarah Jabatan Tenaga Rakyat untuk membuat sesi dialog dengan mereka orang bagi mencari penyelesaian.

“Mereka sudah bersurai dan pagi esok saya akan sambung lagi dialog untuk mengemukakan usul-usul di mana ia memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak,” ujarnya.

Difahamkan, para pekerja mula bangkit dan mogok selepas pihak pengurusan memaklumkan bahawa arahan untuk tinggal di asrama dilanjutkan lagi sedangkan sudah lebih tiga bulan tidak dibenarkan balik ke rumah.

kredit : utusansarawak 23 April 2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2021 02:06 PM | Show all posts
Semoga pekerja tersebut mendapat pelindungan yang sepatutnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 03:04 PM | Show all posts
adakah sebab nak mengelak kluster kilang ...?

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut residen tadik invite skalik yb tiong ya. Nya ya kan wakil rakyat bintulu. Nya jua yg suggest bintulu wajib swab test mun masuk division ya. Mun slh gyalah sbb kilang ya xmok klua blanja swab test kuarantin semua ya, ambik approach yg menyenangkan pihak kilang. Sbb kilang lain rilek jk boleh balit bintulu, n then isu ada kakitangan pejabat kilang ya boleh ulang alik dari kilang ya ke bintulu. Tapi paling femes isu, si lisa yalah. Kmk pun jadi pening denga nya explain ngan daknya masa berbincang ya ne ndak manas pekerja cya
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2021 04:51 AM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 24-4-2021 05:10 AM
belilies replied at 23-4-2021 09:14 PM
Patut residen tadik invite skalik yb tiong ya. Nya ya kan wakil rakyat bintulu. Nya jua yg suggest b ...

oooooo hahaha duhal ...
baru kmk paham lawak lisa ya


ada terbaca kat FB ari marek ...

mun ada jumpa gik kelak mek up ctok

gambar masa ya kali lisa ya tengah xplain kah apa ... bini urang ya madah ... suruh pulang lakii nya .. ... lamak dah sik ehem2
mek mati akal la masa ya ... pa hal ... pa kaitan..?



Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2021 04:57 AM | Show all posts
belilies replied at 23-4-2021 09:14 PM
Patut residen tadik invite skalik yb tiong ya. Nya ya kan wakil rakyat bintulu. Nya jua yg suggest b ...
swab test ya mahal ...rm300 camya ...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2021 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 24-4-2021 04:51 AM
oooooo hahaha duhal ...
baru kmk paham lawak lisa ya  


Aok hahahahah winnie thawin ya nang tipikal golongan ya.. tp daknya mdh org laki di sebalik profile ya. Bongok da jk
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2021 05:40 AM | Show all posts
belilies replied at 24-4-2021 09:09 AM
Aok hahahahah winnie thawin ya nang tipikal golongan ya.. tp daknya mdh org laki di sebalik profil ...
haha aok...
kinek tuk trending ... 1st lisa ... 2nd Winne

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2021 09:37 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 23-4-2021 08:51 PM
oooooo hahaha duhal ...
baru kmk paham lawak lisa ya  

hahah baca juak ktk kmk gik ada simpan screenshot ya kikiki


benar sik ya bini org keja sia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.346355 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list