View: 2177|Reply: 7
|
Ratu gimnastik Farah Ann sedia ke Mesir
[Copy link]
|
|
FARAH Ann mensasarkan untuk memberikan persembahan terbaiknya pada kejohanan terakhirnya sebelum menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi yang kini bersiap sedia menyertai Piala Cabaran Dunia (FIG) Persekutuan Gimnastik Antarabangsa di Kaherah, Mesir berasa lega, selepas melengkapkan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech.
Atlet berusia 27 tahun kelahiran Selangor itu berkata, dia amat bersyukur dan lega kerana kini melengkapkan kesemua dua dos vaksin itu, dan berasa lebih selamat untuk berlatih serta lebih yakin untuk bertanding di luar negara.
Dia mensasarkan untuk memberikan persembahan terbaiknya pada kejohanan terakhirnya sebelum menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Saya hanya akan menyertai Piala Cabaran Dunia di Mesir pada Jun, saya akan ke sana dan kembali. Saya perlu bersedia untuk Olimpik, jadi perancangan ini agak bagus, dan saya akan gunakan apa yang ada. Bagi saya, saya amat bersyukur kerana berpeluang ke Mesir, kerana lama kita tidak menyertai sebarang kejohanan," katanya selepas menerima suntikan keduanya itu di Kompleks Sukan DBKL, semalam.
Kali terakhir Farah Ann beraksi dalam kejohanan ialah pada November 2019 iaitu di Sukan SEA Filipina di mana dia membawa pulang tiga pingat emas dalam acara 'all-round', palang bertingkat dan senaman lantai.
Pada masa ini Farah Ann tinggal dan menjalani latihan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, yang tidak termasuk dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan semalam.
PKP dari 6-17 Mei itu akan dilaksanakan di enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Pergerakan antara daerah dan negeri tidak dibenarkan di bawah PKP, kecuali untuk kecemasan, kerja dan pergerakan yang dibenarkan di bawah prosedur operasi standard.
SUMBER:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut dia beraksi pada usia ni |
|
|
|
|
|
|
|
eh atlet masuk kategori frontliner ke |
|
|
|
|
|
|
|
GOMEN KUT
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahha, tadi dia dah declare kat ig dia official gf to brianchan, pelakon ola bola muzikal tu.... Harap2 boleh menang pingat la di tokyo nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Wow 27 thun msih mampu gimnastik..hebat.
Meols teringat conversatiin dgn adik meols. Meols ckp kenapa dia tak terpilih masuk kelas gymnastik sekolah. Dia bgtaw cikgu check lutut . Kepala lutut adik meols besar . |
|
|
|
|
|
|
|
dapat bronze medal pun jadilah kt world cup. at least ade confidence dpt medal kt olympic nnt. |
|
|
|
|
|
|
| |
|