CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2043|Reply: 1

Ini Kisah Di Sebalik Fenomena Simbol Capal Rasulullah Di India

[Copy link]
Post time 11-5-2021 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Ini Kisah Di Sebalik Fenomena Simbol Capal Rasulullah Di India



Simbol mirip capal Rasulullah S.A.W. merupakan antara simbol yang seringkali diangkat dalam beberapa gerakan besar masyarakat Islam di dunia.

Malah di negara kita juga terdapat beberapa pihak yang cuba mempromosikan penggunaan logo yang berasaskan capal Nabi Muhammad S.A.W. berkenaan sebagai satu bentuk peringatan kita kepada Baginda.

Majoriti masyarakat Muslim di beberapa negara seperti India dan Pakistan meletakkan simbol itu ke satu tahap yang agak tinggi sehinggakan ia dijadikan perkara norma aktiviti harian.

Antara kumpulan aliran Islam yang paling kerap menggunakan simbol berkenaan adalah aliran Barelvi yang aktif di India, Pakistan, Mesir dan Syria.



Aliran Barelvi merupakan cabang aliran Islam yang berpegang kepada Mazhab Hanafi. Doktrin utama Barelvi meletakkan Rasulullah S.A.W. sebagai individu yang perlu disanjung.

Golongan Barelvi turut menjulang Baginda tanpa kompromi sehingga membolehkan matlamat mereka yang menghalalkan cara.

Pemikiran tersebut menjadi punca utama kepercayaan mereka yang melahirkan individu seperti Mumtaz di mana kematiannya dijulang disebabkan pengorbanan beliau mempertahankan kebenaran.

Bermulanya populariti capal Rasulullah S.A.W.



Penggunaan capal Rasulullah S.A.W. sebagai satu simbol yang disanjung bermula sebelum wujudnya gerakan Barelvi sendiri.

Ia dipercayai berasal daripada era Sultan Selim I yang merupakan salah seorang sultan terkemuka zaman Empayar Uthmaniyah yang berjaya menawan jajahan kerajaan Mamluk.

Kerajaan Uthmaniyah berjaya menguasai banyak relik dan artifak Islam yang dimiliki kerajaan sebelumnya, termasuklah capal Rasulullah S.A.W. di bawah pemerintahan Sultan Selim I.

Capal tersebut kini dipamerkan di Muzium Istana Topkapi, Istanbul.

Semasa era pemerintahan tersebut, reka bentuknya diambil dan ditiru untuk dijadikan simbol perhiasan rumah segelintir masyarakat di Maghribi di mana ia dipercayai bermulanya penggunaan simbol tersebut.

Dikenali sebagai istilah ‘nalain shareef’, simbol capal mula menjadi simbol penting yang berkembang seiring dengan perkembangan aliran Barelvi.

Simbol berkenaan mula dipasang di rumah ibadah yang kini cukup sinonim dengan gerakan tersebut.

Kepentingan simbol tersebut dalam doktrin aliran Barelvi diperkukuhkan oleh fatwa yang dikeluarkan Hassan Raza Khan adik kepada pemimpin utama aliran itu, Ahmad Raza Khan.

“Jika aku boleh meletakkan capal Rasulullah S.A.W. di atas kepalaku, aku akan menganggapnya sebagai satu penghormatan bagiku.”

Simbol capal Rasulullah S.A.W. dari perspektif masyarakat Malaysia

Di kalangan pengikut aliran Sufi seperti Barelvi serta beberapa aliran lain, dipercayai bahawa air yang direndam dengan capal Rasulullah S.A.W. apabila diminum, ia mampu menyihatkan tubuh badan.

Ada juga yang mempercayai bahawa simbol capal di rumah mampu melindungi penghuninya manakala memakai simbol itu mampu melindungi si pemakai daripada bala.

Ini menyebabkan simbol capal dipasangkan di merata-rata tempat termasuk sebagai perhiasan mimbar beberapa masjid seperti bukti lambang kecintaan kepada Rasulullah S.A.W.

Terdapat satu insiden tahun 2016 semasa majlis Lantunan Mahabbah Rasulullah yang diadakan di Alor Setar, ramai pengunjung yang hadir berpusu-pusu cuba mencium capal yang dikatakan milik Rasulullah S.A.W.

Tindakan tersebut mendapat teguran daripada Mufti negeri Kedah di mana beliau menyifatkan perbuatan tersebut sebagai perkara yang melampau.



Beliau menasihatkan agar tindakan bersederhana lebih baik diamalkan dan terdapat cara lain untuk masyarakat Islam bagi mengingati Rasulullah seperti amalan berselawat.

Apa pula pendapat anda tentang perkara ini?


Sumber: https://tehtarikgelasbesar.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by printercomel at 11-5-2021 02:16 PM

Nak tunjuk cinta pada Rasulullah saw adalah selawat ke atas Baginda. Bukan letak gambar capal dikaki pada dinding masjid atau kepala. Adalah salah meletakkan sesuatu objek yang dari tempat yang hina kepada tempat yang mulia seperti kepala. Kepala tu la tempat bersujud.

Sebab? Mereka menjulang bentuk capal tu secara melampau.

Ada hadis mengatakan capal yang Rasulullah saw pakai sama bentuknya dengan capal - capal lain pada zaman tu.

Bermakna betul capal abu jahal dan abu lahab juga sama bentuknya. Jadi nak melebihkan bentuk capal ini adalah salah.

Kalau mereka nak cakap ini cara mereka bertabarruk, itu pun salah. Tabarruk adalah guna barang milik Nabi saw. Seperti Saidatina Aisyah RA bertabarruk menggunakan berus gigi Nabi saw.

Bukannya pakai baseball cap logo capal lepastu fefeeling cinta Nabi saw dan betabarruk.

Abah kau la.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.223246 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list