View: 1050|Reply: 0
|
Shamsurin sambut baik penangguhan liga
[Copy link]
|
|
Shamsurin sambut baik penangguhan liga
Shamsurin Abd Rahman
Melaka: Bekas penyerang kebangsaan, Shamsurin Abd Rahman menyambut baik langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menangguhkan saingan Piala Presiden, Piala Belia, Liga M3 dan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Shamsurin membimbing skuad bawah 17 tahun Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) yang beraksi di Liga Belia musim ini menganggap langkah berkenaan amat bertepatan berikutan situasi semasa yang semakin membimbangkan susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Katanya, ketika wabak dan varian baharu yang sukar dikesan menerusi jangkitan tanpa gejala sudah pasti situasi itu sukar di kawal jika kejohanan tetap diadakan pada tahun ini.
Menurutnya, bagi memastikan semuanya selamat dan tiada yang meragut nyawa lebih baik ianya diadakan pada masa sesuai dan selepas keadaan terkawal daripada jangkitan sebarang wabak berkenaan.
"Apapun, semua ini dugaan buat pencinta dan penggiat sukan berkenaan terutama pemain yang terpaksa melupakan seketika sentuhan mereka dalam sukan terbabit.
"Sama-sama kita berdoa wabak yang kita harungi ini segera berakhir, justeru apa yang penting semua perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan ianya tidak terus merebak," katanya.
Malah dengan fenomena jangkitan yang mencecah 6,000 sudah pasti ianya amat dibimbangi justeru langkah FAM sesuatu yang betul dan harus mendapat sokongan.
Shamsurin berkata, walaupun terpaksa ditangguhkan bayaran gaji juga diharap tetap diberi perhatian sebagai memenuhi kebajikan pemain dan pegawai pasukan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|