View: 1270|Reply: 2
|
Pengembala kambing selamatkan atlet ultramaraton
[Copy link]
|
|
Pengembala kambing selamatkan atlet ultramaraton
KEMING menunjukkan lokasi gua yang menjadi tempat dia menyelamatkan enam orang pelari ultramarathon. FOTO AFP
Shanghai: Seorang pengembala kambing diangkat sebagai wira di China apabila menyelamatkan enam pelari ketika saingan ultramaraton yang mengorbankan 21 21 peserta.
Zhu Keming menjadi sohor kini di Weibo, tiga hari selepas perlumbaan sejauh 100 kilometer membabitkan perlumbaan merentas pergunungan di Gansu sehingga menyebabkan kematian disebabkan kesejukan akibat hujan serta angin kuat.
Kejadian itu mencetuskan kemarahan dan suasana yang menyedihkan di China, sehingga menimbulkan persoalan kenapa penganjur tidak mengendahkan amaran cuaca buruk akan berlaku.
Ketika itu Keming sedang menunggu kambing biri-birinya meragut rumput ketika waktu tengah hari sebelum berlakunya angin kuat dan hujan lebat.
Dia bersembunyi di dalam gua di mana lokasi dia menyimpan pakaian dan makanan untuk tujuan kecemasan.
Dalam masa sama dia melihat seorang daripada 172 peserta berdiri dalam keadaan kaku dan rupa-rupanya mangsa mengalami kekejangan.
Keming membawa mangsa berkenaan ke dalam gua, sebelum memberikan bantuan termasuk menyalakan unggun api dan memberikan pakaian yang kering.
Empat lagi peserta turut berlindung di gua berkenaan sebelum memberitahu kepada Keming masih ada yang berada di luar dan ada yang tidak sedarkan diri.
Keming sekali lagi keluar dan menempuh cuaca sejuk untuk membawa mangsa yang terbaring ke dalam gua.
Dia mengusung mangsa berkenaan sebelum menyelimuti badan dan paling penting menyelamatkan nyawa pelari berkenaan.
"Saya berasa sangat bertuah kerana ada wira yang menyelamatkan saya. Tanpa bantuannya, saya akan terbaring di luar," kata Zhang Xiaotao.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ada uncle kentangnya...China ada uncle kambingnya....'sedia membantu'. |
|
|
|
|
|
|
|
gigih beno le yang join2 ultramarathon la iron man la....
baguih pakcik ni banyak ilmu alam |
|
|
|
|
|
|
| |
|