CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1992|Reply: 2

Rebutlah peluang mati dalam keadaan baik dengan 10 tanda ini

[Copy link]
Post time 28-5-2021 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Rebutlah peluang mati dalam keadaan baik dengan 10 tanda ini


Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Sejauh mana pun kita melarikan diri daripada kematian, ia tetap akan mengekori kita. - Gambar Sekadar Hiasan


KESIBUKAN diri dalam urusan dunia menyebabkan ramai dalam kalangan kita lupa akan kehidupan di akhirat. Tidak ada satu pun di atas muka bumi ini yang kekal abadi.

Ini kerana setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Sejauh mana pun kita melarikan diri daripada kematian, ia tetap akan mengekori kita. Firman Allah di dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 8: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu ingin larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)."

Mengingati mati memberi ketenangan jiwa

Mengingati mati bukan bermaksud kita meninggalkan urusan dunia serta menjauhkan diri daripadanya akan tetapi mengingati mati merupakan satu kaedah supaya kehidupan di dunia kita lebih baik dan lebih berjaya. Ini kerana dengan kita mengingati mati, kita tidak akan melakukan perkara-perkara tidak diredai dan dibenci Allah.

Sabda baginda Rasulullah: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnungi pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.”  - (HR al-Bazzar 6987).


Jika kita mengingati mati, kita tidak akan melakukan perkara-perkara tidak diredai dan dibenci Allah. - Gambar Sekadar Hiasan

Syeikh Said Hawwa Rahimahullah telah menyatakan bahawa mengingati mati sebagai salah satu cara berkesan untuk menyucikan jiwa manusia daripada kotoran sifat buruk (mazmumah).

Dengan mengingati mati, ia bukan sahaja boleh menimbulkan rasa sesal di atas dosa yang dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang oleh Allah.

Tanda-tanda orang yang meninggal dalam keadaan baik

Ramai dalam kalangan kita tertanya-tanya apakah tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan baik (husnul khatimah).Di sini saya akan meringkaskan tanda-tanda seseorang itu meninggal dalam keadaan baik serta beberapa potongan doa untuk mendapatkan pengakhiran baik berdasarkan hadis baginda Rasulullah:

1. Melafazkan kalimah syahadah sebelum meninggal dunia - Sabda Rasulullah: Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’ nescaya dia akan memasuki syurga. - [HR Abu Daud 3316].

2. Meninggal pada hari atau malam Jumaat - Sabda Rasulullah: Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur. - [HR Al-Tirmidzi 1074].

3. Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya - Sabda Rasulullah: Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya. - [HR  al-Tirmidzi 982].

4. Seseorang diberikan taufiq dan hidayah serta beramal soleh sebelum dia meninggal dunia - Sabda Rasulullah: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat (RA) bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?” Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya. - [HR al-Tirmidzi 2142].

5. Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut - Sabda Rasulullah: Sesiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid. - [HR Muslim 1915].


Meninggal kerana lemas adalah mati syahid.

6. Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT - Sabda Rasulullah: Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal kerana penyakit taun, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah. - [HR al-Bukhari 652].

7. Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak - Sabda Rasulullah: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian kerana sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid. - [HR Ibn Kathir 5869].

8. Meninggal dunia kerana mempertahankan harta dan maruah dirinya - Sabda Rasulullah: Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau ada seseorang yang hendak mengambil hartaku?” Baginda SAW bersabda, “Jangan engkau berikan hartamu!” “Bagaimana kalau dia melawanku?” Baginda SAW bersabda; “Lawanlah dia!” “Bagaimana kalau dia membunuhku?” Baginda SAW bersabda; “Engkau syahid." “Bagaimana kalau aku yang membunuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia di neraka!” - [HR Muslim 140].

9. Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh - Sabda Rasulullah: Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.”  - [HR Ahmad 23372].

10. Meninggal disebabkan penyakit taun - Sabda Rasulullah: dari 'Aisyah berkata; "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah tentang masalah taun lalu baginda memberitahu kepada aku bahawa taun adalah sejenis seksaan yang Allah kirimkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum muslimin. Tidak ada seorang pun yang menderita jika dia bertahan di tempat tinggalnya dengan sabar mengharapkan pahala dan mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah telah mentakdirkan kepadanya maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang mati syahid". [HR Bukhari 3215]

Dengan itu, jika seseorang ingin mati dalam keadaan baik dan diredhai Allah maka hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah dengan doa: Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah Kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.

Jika kita jaga Allah, Allah pasti akan menjaga kita. Marilah kita sama-sama merenungi perkara ini dan banyak mengucapkan syukur Alhamdulillah atas nikmat yang tidak terhingga banyaknya kita nikmati semasa dunia ini.

Sumber :https://www.mstar.com.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2021 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya...tapi mati itu pasti.i cuma doa tak mau meninggal sorang2 sbb i duduk rumah sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Semuga kita antara orang yg terpilih di dlm rahmat Ilahi..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.427398 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list