CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1965|Reply: 1

Kisah Di Sebalik Pakaian Perlindungan Doktor Ketika Wabak ‘Black Death’ Yang Men

[Copy link]
Post time 9-6-2021 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Kisah Di Sebalik Pakaian Perlindungan Doktor Ketika Wabak ‘Black Death’ Yang Mengorbankan Jutaan Orang


Di antara tahun 1334 hingga 1353, puluhan juta manusia mati akibat penyebaran penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia. Wabak yang dikenali sebagai ‘Black Death’ ini dikatakan antara wabak yang paling teruk dalam sejarah perubatan. Wabak ini telah menyebabkan tamadun pada ketika itu terpaksa mengambil masa selama 200 tahun untuk mengembalikan jumlah populasi manusia.

Disebabkan penularan wabak COVID-19 yang sedang menular pada ketika ini, hal berkaitan wabak Black Death kembali menjadi bualan ramai. Antaranya kisah disebalik pakaian perlindungan yang dipakai oleh doktor pada ketika itu. Kebiasaannya, pakaian perlindungan yang digunakan akan menutup seluruh tubuh badan bagi mengelakkan jangkitan.

Oleh kerana wabak Black Death telah mengorbankan puluhan juta pesakit pada ketika itu, mereka telah mengeluarkan satu uniform khas untuk dipakai para doktor. Paruh pada uniform itu bertujuan untuk menapis udara memandangkan wabak tersebut boleh tersebar melalui sistem pernafasan.




Di bahagian paruh uniform tersebut, telah diletakkan rempah serta bunga wangi bagi menghapuskan udara yang tidak baik berikutan wabak itu. Beberapa perincian lain turut digunakan seperti sebatang tongkat untuk memeriksa pesakit manakala sebuah topi lebar digunakan bagi menandakan pemakai adalah seorang doktor.

Ketika wabak ini mula menular, para ahli perubatan masih lagi tidak mengetahui punca sebenar penyebaran wabak Black Death tersebut. Namun pada abad ke-16, mereka akhirnya mendapati bahawa ianya boleh merebak melalui pengudaraan dan menyebabkan beberapa orang doktor memilih pelbagai jenis pakaian perlindungan.



Pada tahun 1619, satu kostum khas telah direka oleh Charles de I’Orme, seorang ketua doktor. Oleh kerana mereka percaya bahawa wap bau boleh melekat pada pakaian mereka dan seterusnya menyebarkan penyakit, mereka telah memilih untuk menggunakan material kulit untuk kostum ini.

Kostum yang kelihatan mengerikan ini kemudiannya didapati mempunyai kelemahan yang tersendiri. Lubang pada paruh tersebut telah menyebabkan para doktor turut menerima jangkitan. Kebanyakan doktor yang memakai kostum ini mendapat jangkitan dan akhirnya meninggal dunia. Mereka yang tidak dijangkiti pula terpaksa dikuarantin sepanjang hayat mereka.

Disebakan itu, penemuan kostum ini tidak banyak membantu untuk melindungi pemakainya daripada wabak yang berbahaya itu.

Begitulah sedikit sebanyak kisah disebalik pakaian perlindungan doktor sewaktu wabak Black Death.

Sumber: Ancient Origins

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2021 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ilmu jaman tuhh ciked nau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.039504 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list