CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3148|Reply: 0

Cara Pagar Rumah Dari Gangguan Makhluk Halus

[Copy link]
Post time 12-6-2021 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Cara Pagar Rumah Dari Gangguan Makhluk Halus



GANGGUAN MAKHLUK HALUS DI RUMAH – AIR TERBUKA SENDIRI, DINDING RUMAH BERBAU BUSUK

-Pernah tak anda alami atau rakan anda yang mengalami perkara sebegini. Setiap kali pulang dari bercuti atau biarkan rumah kosong dalam tempoh tertentu, perkara perkara aneh yang berlaku.

-Pernah tak juga anda alami di setengah kawasan dalam rumah anda, anak anda jarang ke kekawasan itu, atau kita merasakan ada sesuatu yang asing dalam rumah kita.

-Pernah tak anda terdengar bagaikan guli jatuh dari atas bumbung rumah kita sedangkan tiada siapa diatas bumbung tu atau dari atas rumah anda (flat) dan menimbulkan rasa kurang senang dengan perkara ini.gangguan jin Gangguan Makhluk Halus Di Rumah
Sekiranya ada.. ingin kami bantu? saya nak bg tips untuk pulihkan keadaan rumah yang ada gangguan sebegini. Kami kongsikan tips nya..

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk ofis/rumah baru. Ia juga baik bg bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-’Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
“jgnlah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud;
“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.



Dan beberapa tips lain yang diperolehi dari sumber-sumber yang lain….

1) baca ayat Kursi sebanyak 1 kali dan diniatkan / dibayangkan ada tembok yang tinggi di hadapan rumah kita.
2) kemudian diniatkan pula ada tembok yang besar dan kuat di belakang rumah kita pula sambil membaca ayat Kursi.
3) Begitulah seterusnya dibaca ayat kursi itu untuk setiap arah / tempat seperti kiri, kanan, atas dan bawah.

Kita hanya berikhtiar dan Allah yang menentukan. Yakinlah dengan ayat Allah.

ATAU

Sebagai Perlindungan tempat kerja, rumah dan tempat peniagaan

1. Sebaik-baiknya digunakan bersama air yang telah siap diruqyah dengan Ayat Al-Quran dan sebagainya.
2. Sediakan satu bekas yg telah di isi dgn air, sapu Kasturi Syifa’ pada jari telunjuk
3. Mulai dgn masukkan jari ke dalam air tersebut dan kemudian pusing air itu tadi dgn jari anda mengikut pusingan tawaf (Anti-Clockwise)
4. Gemakan niat ketika itu, seperti “Ya Allah jadikanlah usaha ku yg sedikit ini asbab kepada terlindungnya diriku drpd kejahatan manusia dan jin”.
5. Baca 3 qul pada air kemudian hembus perlahan-lahan.
6. Masukkan ke dalam botol spray kemudian spray lah didinding rumah atau di ruang pejabat atau di tempat-tempat perniagaan.
Insya-Allah..

Sumber : kasturisyifa.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.055810 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list