|
[Sabah]
Berita Luar yang menggemparkan selain dari Berita BORNEO
[Copy link]
|
|
Wanita mati depan klinik positif Covid-19
KLANG: Seorang wanita yang meninggal dunia selepas terbaring tidak sedarkan diri di depan sebuah klinik di Taman Sentosa di sini, hari ini disahkan positif Covid-19.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu selepas tular menerusi klip video dan beberapa foto di media sosial pagi tadi.
“Kejadian dipercayai berlaku ketika wanita itu bersama adiknya ingin mendapatkan rawatan di klinik berkenaan, kira-kira pukul 9.45 pagi .
“Sewaktu berada di depan klinik itu, wanita berkenaan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut beliau, ambulans yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan wanita berkenaan sudah meninggal dunia.
Ujar Shamsul Amar, mayat wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.
“Hasil keputusan ujian saringan awal Rapid Test Kit (RTK) mendapati wanita tersebut positif Covid-19.
“Wanita itu turut mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya.
Tambah Shamsul Amar, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut Covid-19. – UTUSAN ONLINE
Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
21 Julai 2021, 10:18 pm
Gambar: Media sosial
|
|
|
|
|
|
|
|
Varian Delta: Malaysia kaji keperluan suntikan ketiga vaksin - Khairy
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji keberkesanan vaksin terhadap kes COVID-19 yang melibatkan varian Delta dan keperluan untuk suntikan ketiga vaksin (booster).
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata negara-negara maju sedang membuat perolehan vaksin untuk tahun hadapan kerana mereka menjangkakan kemungkinan terdapat keperluan untuk memberikan suntikan booster ketiga.
"Kami ingin mendapatkan data lebih baik mengenai berapa lama perlindungan vaksin ini bertahan dan apa butiran diperlukan dalam menawarkan vaksin dos ketiga. Ini untuk jangkaan tahun hadapan," katanya pada sidang media selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) ibu mengandung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.
astroawani Jun 26, 2021 17:07 MYT
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki “main buaian” di lampu isyarat
JIANGSU: Tindakan lelaki yang mengayunkan buaian di bawah lampu isyarat di Nanjing, Jiangsu timur China, mencetuskan kritikan netizen media sosial baru-baru ini.
Video yang kini tular di media sosial menunjukkan lelaki tersebut berayun di sebuah lampu isyarat tanpa menghiraukan kenderaan lalu-lalang di sekitarnya.
Tindakannya mencetuskan pelbagai persoalan, sama ada ia satu persembahan khas atau sengaja mencari publisiti.
Ramai berpendapat lelaki itu harus ditangkap pihak berkuasa kerana perbuatannya membahayakan nyawa orang ramai.
Menurut laporan Global Times, memandangkan ini pertama kali pihak berkuasa tempatan menemui tingkah laku aneh seperti itu, mereka kini berunding dengan jabatan undang-undang cara menanganinya.
sarawakvoice.com/2021/07/26 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kenapa lah orang camni takmo mati cepat ja
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai bila la nak abis ...
|
|
|
|
|
|
|
|
COVID: 17,786 kes baharu hari ini, tertinggi sejak negara dilanda pandemik
KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 melonjak kepada 17,786 kes dalam tempoh 24 jam lepas, tertinggi sejak pandemik melanda negara.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Facebook memaklumkan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 1,113,272.
Pada 28 Julai Malaysia merekodkan 17,405 kes jangkitan baharu wabak itu.
Daripada jumlah kes baharu hari ini, Selangor mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 6,400 diikuti Kuala Lumpur (1,962), Kedah (1,389), Johor (1,144), Sabah (1,035) dan Negeri Sembilan (929).
Terengganu pula mencatatkan 883 kes diikuti Perak (775), Pulau Pinang (713), Melaka (697), Pahang (653), Kelantan (580), Sarawak (485), Putrajaya (116), Perlis (16) dan Labuan (sembilan). - Bernama
https://www.utusanborneo.com.my/2021/07/31/covid-17786-kes-baharu-hari-ini-tertinggi-sejak-negara-dilanda-pandemik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nadir Al-Nuri
Inilah projek yang mencuri tumpuan media semalam, sehinggakan ke mana-mana saya pergi penduduk tempatan bersalaman mengucapkan tahniah.
Pertama kerana ia projek baik pulih bangunan pertama di Gaza selepas perang, bermakna Malaysia mendahului seluruh dunia dalam membaik pulih bangunan yang terkesan oleh serangan lalu, dan kedua kerana kosnya yang besar berjumlah 190 ribu dollar membuatkan ia mendapat liputan Al-Jazeera Mubasher, stesyen TV Aqsa, Shehab dan lain-lain.
Di waktu negara-negara lain ragu-ragu dan takut untuk membantu Gaza kerana ancaman dipinggirkan dan sekatan menyalurkan kewangan, kita membuktikan bahawa tidak ada yang dapat berdiri di depan semangat setiakawan antara dua buah negara yang dan berdaulat ini.
Terima kasih kepada Sultan Kelantan dan kerajaan Kelantan yang menjadi penyumbang utama projek ini, selain rakyat Malaysia yang menyumbang melalui NGO-NGO di bawah Aid4Palestine
Teruskan menyumbang, teruskan peduli, teruskan bersatu dan jangan berpecah-belah, perjuangan kita masih panjang!
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|