View: 4562|Reply: 11
|
[Lain-Lain]
10 pelakon 'terlepas' watak marvel
[Copy link]
|
|
10 pelakon 'terlepas' watak marvel
Jensen
MERAIH watak dalam filem adiwira Marvel Cinematic Universe atau Marvel ibarat sebelah kaki sudah melangkah ke kemuncak karier lakonan di Hollywood.
Mana-mana pelakon semestinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai produksi hebat itu.
Hakikatnya, profil pelakon yang membintangi watak-watak dalam Marvel jelas begitu besar impaknya. Satu dunia mengenali mereka dan disebut-sebut sampai bila-bila apatah lagi jika terbabit lama dalam setiap sekuelnya.
Namun, bukan semua pelakon ada rezeki untuk menyertainya walaupun mereka cukup dikenali. Ramai juga 'terlepas' peluang sama ada tidak terpilih mahupun menolak tawaran watak diberikan.
Agak mengejutkan juga kerana beberapa pelakon hebat nampaknya tidak berminat untuk menyertai Marvel. Masing-masing ada alasan tersendiri dan terpaksa reda untuk lepaskan peluang itu kepada pelakon lain.
Apapun, jelas rata-rata pelakon yang menjayakan setiap satu watak dalam produksi itu tidak mengecewakan pun.
Walaupun ada antara mereka bukan pilihan utama pada awalnya, percaturan Marvel tepat untuk memilih mereka.
Berikut 10 pelakon yang tidak kesampaian untuk ditonton peminat bagi membintangi filem adiwira terbabit.
Jensen Ackles
Pelakon ini menjadi kegilaan sejak drama Supernatural dibintanginya mencetus fenomena suatu ketika dulu.
Ternyata, Ackles juga tidak ketinggalan untuk mencuba nasib diuji bakat bagi watak Captain America.
Bagaimanapun, malangnya Marvel melihat Chris Evans jauh lebih tepat untuk menggalas watak terbabit. Ackles kemudian ditawarkan untuk melakonkan watak Hawkeye, namun dia menolaknya.
Leonardo
Leonardo DiCaprio
Sebelum Tobey Maguire diuji bakat untuk watak Spider-Man pada 2002, Dicaprio terlebih dulu ditawarkan watak terbabit.
Bagaimanapun, dia menolaknya malah dia yang mencadangkan nama Maguire.
DiCaprio menjelaskan dia tidak merasa jiwanya sesuai dengan watak berkenaan. Justeru, dia tidak ragu-ragu untuk melepaskan tawaran itu walaupun alasannya kedengaran agak tidak masuk akal.
Jason
Jason Momoa
Sebelum watak Drax disahkan menjadi milik Dave Bautista dalam The Destroyer, tawaran itu juga sebenarnya diberikan kepada Momoa.
Namun, Momoa memutuskan untuk tidak menerimanya kerana ingin luar dari kepompongnya.
Momoa menolak tawaran itu atas alasan dia tidak lagi berminat mahu lakonkan watak berbadan besar. Kemudian, dia mendapat peluang untuk memegang watak Aquaman dalam sekuel adiwira DC.
Joaquin
Joaquin Phoenix
Ramai pastinya terkejut apabila mengetahui pilihan pertama untuk menjayakan watak Doctor Strange sebenarnya adalah Phoenix.
Watak itu antara watak yang cukup tinggi komitmennya selain publisiti meluas.
Phoenix ternyata tidak mahu terikat dengan komitmen sebegitu dan akhirnya watak terbabit diberikan kepada Benedict Cumberbatch.
Tidak lama kemudian, dia memilih untuk menjayakan watak Joker.
Tom
Tom Cruise
Sukar untuk membayangkan orang lain membawakan watak Tony Stark selain Robert Downey Jr. Bagaimanapun, pilihan pertama Marvel untuk watak terbabit sebenarnya adalah Tom Cruise.
Namun, Cruise menolaknya kerana dia tidak mahu memakai sut Iron Man yang akan menutup wajahnya. Apapun, pelakon itu pun sukar dibuang imejnya dalam jenama Mission Impossible diterajuinya.
Daniel
Daniel Craig
Craig pernah mendedahkan kepada wartawan bahawa dia dirisik Marvel untuk membintangi watak Thor. Dia juga mengakui ada berunding berkenaan pembabitannya dalam filem adiwira itu.
Bagaimanapun, selepas itu, dia mengakui sebenarnya cuma bergurau sahaja. Menurutnya, mana mungkin dia sesuai untuk melakonkan watak itu yang jelas tepat diberikan kepada Chris Hemsworth.
Emily
Emily Blunt
Malang buat Emily Blunt kerana terpaksa menolak tawaran diberikan Marvel sebanyak dua kali.
Dia sepatutnya mendapat peluang untuk melakonkan watak Black Widow dan juga Peggy Carter.
Namun, dia tidak mampu melakukannya selepas terikat dengan banyak komitmen lain. Untuk kedua-dua watak terbabit, Blunt sebenarnya menjadi pilihan pertama Marvel untuk menggalasnya.
John
John Krasinski
Krasinski hampir diberi tanggungjawab melakonkan watak Captain America. Menurutnya, kalau ikutkan jangkaannya, dia berjaya menyambar watak berkenaan.
Bagaimanapun, akhirnya ia menjadi milik Evans dan Krasinski menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Dia mengakui dirinya tidak cukup kuat untuk menggalas watak adiwira.
JAKE Gyllenhaal
Jake Gyllenhaal
Sebelum diberikan watak Mysterio dalam Spider-Man : Far From Home, Gyllenhaal sebenarnya turut ditawarkan untuk mencuba watak Spider-Man di samping Maguire.
Sewaktu Maguire cedera dalam penggambaran filem itu, dia hampir menggantikan tempatnya.
Bagaimanapun, Maguire jelas tidak mahu berputus asa dan mahu meneruskan penggambaran terbabit. Akhirnya,
Gyllenhaal terlepas tawaran terbabit dan akur tampil dengan watak jahat itu.
Matthew
Matthew McConaughey
Pengarah James Gunn awalnya menawarkan McConaughey untuk melakonkan watak Ego the Living Planet dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 2.
Namun dia merasa watak itu terlalu ringkas dan mudah buatnya untuk watak serius sebegitu.
Dia kemudian memutuskan untuk menolak saja tawaran itu sebelum diberikan kepada Kurt Russell. McConaughey sememangnya cukup terkenal dengan watak yang lebih berat dan material untuk menang anugerah.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Deme yg taknak.. bknnya terlepas.. |
|
|
|
|
|
|
|
dimanakah remilah begum dlm senarai ini? beiau terpaksa menolak tawaran marvel akibat watak yg ditawarkan tidak syariah compliant. syabbas bette |
|
|
|
|
|
|
|
remilah sembang kari mana? terlepas? melepas? |
|
|
|
|
|
|
|
kemonlah metiu mekonehei polak |
|
|
|
|
|
|
|
kemonlah metiu mekonehei polak |
|
|
|
|
|
|
|
x best pon marvel tu, makin mengarut2 citer |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah dorg xamik watak marvel…bukan award material…nk2 leo tu… |
|
|
|
|
|
|
|
payment tony stark 70 million usd woooo once film cecah 1 billion |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha.. Remilah Begum... tersedak dia tau... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi komitment depa tinggi... Pastu terikat dgn t&c bagai... Tp bayarab mmg tinggi nak matila... Tp depa ni banyaknye berlakon dalam studio ja tuk marvel... Bukannye banyak berlakon kat outdoor pon... |
|
|
|
|
|
|
|
a-list yg mcm leo,joaquin,matthew,emily tu tak luak apa2 pun kalo tak dapat.kalau depa kemaruk sgt nak pun sah2la sbb duit semata. |
|
|
|
|
|
|
| |
|