CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 862|Reply: 0

Dina tarik diri daripada GP British

[Copy link]
Post time 12-7-2021 11:23 PM | Show all posts |Read mode
Dina tarik diri daripada GP British


Jaguh pecut Britain, Dina Asher-Smith. FOTO Agensi

London: Dina Asher-Smith menarik diri daripada acara Grand Prix British di Gateshead yang dijadualkan bermula esok, sebagai langkah mengelak daripada mengalami kecederaan hamstring yang lebih teruk.

Atlet pecut berusia 25 tahun itu sepatutnya mengambil bahagian dalam acara 200 meter (m) yang juga perlumbaan terakhirnya sebelum berangkat ke Olimpik Tokyo.

Acara di Gateshead juga adalah sebahagian daripada siri kejohanan Liga Berlian.

Penganjur mengesahkan atlet Britain itu menarik diri dalam satu kenyataan dan berkata: "Dengan temasya Sukan Olimpik semakin hampir dia tidak mahu meletakkan sebarang risiko."

Dina juara dunia 200m, turut memuat naik catatan di Twitter mengenai keputusannya itu untuk dikongsi bersama pengikutnya dan menambah: "Seperti anda semua ketahui, saya suka berlari di tempat sendiri tetapi saya harus mengambil keputusan bijak buat diri saya dan anggota badan saya menjelang saingan di Tokyo!

"Saya minta maaf kepada mereka yang mahu melihat saya berlari minggu ini tetapi saya berharap dapat membuatkan anda semua berbangga dalam tempoh beberapa minggu lagi."

Sukan Olimpik Jepun bermula 23 Julai ini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.043581 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list