CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 667|Reply: 0

Kuss raih kemenangan sulung pada TDF

[Copy link]
Post time 13-7-2021 11:41 PM | Show all posts |Read mode

KUSS melakukan kejutan apabila meraih kemenangan pertama pada perlumbaan berbasikal pada peringkat ke-15 TDF kelmarin. – AFP


Kuss raih kemenangan sulung pada TDF

ANDORRA, Perancis – Pelumba Amerika Syarikat (AS), Sepp Kuss melakukan kejutan apabila meraih kemenangan pertama pada perlumbaan berbasikal Tour de France (TdF) selepas melakukan henjutan bertenaga pada pendakian terakhir di peringkat ke-15 kelmarin.

Pelumba Jumbo-Visma tersebut berjaya berpe-cah daripada kumpulan 32 pelumba pada pendakian terakhir di Port d’Envalira dan Col de Bexailis sekali gus meninggalkan pelumba berusia 41 tahun, Alejandro Valverde (Movistar team) di kedudukan ke-dua.

Hasil kemenangan itu, Kuss yang berasal dari Colorado muncul selaku pelumba AS pertama menjuarai perlumbaan tersebut musim ini sejak Tyler Farrar melakukannya pada tahun 2011.

“Saya akui hilang kata-kata dengan kemenangan ini dan sejujurnya saya benar-benar menderita ketika bersaing dalam perlumbaan ini. Saingan ini sangat menguji mental dan fizikal setiap pelumba.

“Pada perlumbaan tersebut, saya tahu peluang yang ada pada pendakian terakhir, jadi saya cuba melakukan pecutan lebih awal. Jika berjaya mela-kukannya dan dapat bertahan hingga akhir, ia adalah peluang terbaik untuk muncul juara.

“Saya berjaya melakukannya dan kemenangan ini memberi motivasi kepada saya. Saya masih tidak percaya berada pada perlumbaan TdF apatah lagi meraih kemenangan peringkat perlumbaan.

“Saya harap kemenangan ini dapat memberi semangat untuk meneruskan perjuangan dalam baki pusingan perlumbaan di TdF,” katanya.

Sementara itu, juara bertahan, Tadej Pogacar mengekalkan jersi kuning sebagai pendahulu keseluruhan ketika pencabar lain mula mengancamnya.

Perlumbaan hari ini akan berehat sebelum peringkat ke-16 diteruskan pada esok yang akan bermula dari Pas De La Case ke Saint-Gaudens melibatkan perjalanan sejauh 169 kilometer. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.047316 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list