View: 850|Reply: 0
|
Atlet negara perlu waspada di Tokyo
[Copy link]
|
|
Atlet negara perlu waspada di Tokyo
Shapawi atlet perlu ikut SOP ditetapkan penganjur.
Kuala Lumpur: Kesemua atlet yang tiba di Perkampungan Sukan Olimpik di Tokyo dilaporkan berada dalam sihat dan terkawal.
Mereka sudah dimaklumkan berhubung kes di Perkampungan Sukan terbabit selepas beberapa atlet dan petugas disahkan positif selain terpaksa dikuarantin kerana kontak rapat.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, sekiranya terdapat atlet negara yang dimaklumkan positif mereka terpaksa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan penganjur.
Justeru kesemua atlet dinasihatkan untuk mengikut arahan dan menjaga diri masing-masing kerana temasya Olimpik akan bermula tidak lama lagi.
"Jika ada atlet yang positif mereka perlu mengikut SOP yang ditetapkan penganjur termasuklah kontak rapat.
"Tiada pengecualian kerana SOP penganjur adalah ketat berikutan tidak mahu berlaku penularan di kalangan atlet," katanya.
Terdahulu, atlet olahraga British dan dua pegawai dikenali pasti positif Covid-19 selain turut membabitkan pemain bola sepak Afrika dan jurulatih ragbi Afrika Selatan.
Arca Olympic berhampiran Stadium Olympic di Tokyo. FOTO AFP
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merica sebelum ini turut menasihatkan atlet negara agar berjaga-jaga kerana apa yang membimbangkan adalah kontrak rapat.
Mereka yang mempunyai kontrak rapat juga berdepan risiko dan perlu dikuarantin.
Untuk rekod kini seramai 22 atlet sudah tiba di Tokyo dengan baki atlet negara akan berlepas ke negara Matahari Terbit itu pada 25 Julai ini membabitkan dua pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom. Dua atlet olahraga, Lee Hup Wei dan Azreen Nabila serta dua atlet golf, Gavin Green dan Kelly Tan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|