Djokovic buru emas pertama Olimpik
Tokyo: Novak Djokovic akan memulakan kempen untuk memenangi pingat emas di Olimpik Tokyo yang akhirnya bermula secara rasmi selepas tertangguh selama setahun akibat pandemik Covid-19. Selepas bintang tenis Jepun, Naomi Osaka menyalakan kawah obor pada majlis pembukaan rasmi semalam, lebih 20 sukan bermula dari memanah sehingga angkat berat akan memulakan aksi. Majlis pembukaan berlangsung di depan tempat duduk yang kosong berikutan Tokyo di dalam situasi darurat, senario yang menyaksikan penyokong tidak dibenarkanya menyaksikan acara di venue pertandingan. Djokovic sebelum ini mencetuskan keraguan mengenai penampilannya berikutan protokal ketat Covid-19 dan tiada penonton, namun bintang yang memenangi empat kejuaraan utama itu akhirnya mengambil bahagian. "Tanpa elemen utama di semua acara sukan iaitu penyokong yang memberikan semangat kepada atlet, ia pasti berbeza namun ia masih Sukan Olimpik," kata Djokovic. "Ia sedikit mencetuskan dilema kepada saya tetapi akhirnya saya mengambil keputusan untuk hadir. "Saya gembira kerana banyak lagi perkara yang lebih menarik mengenai Sukan Olimpik. Jadi saya akan cuba memberikan fokus." Djokovic yang memenangi gangsa pada edisi 2008 berharap dapat menyamai rekod Steffi Graf yang memenangi pingat emas pada 1988 selepas memenangi semua Grand Slam. sumber : Hmetro
|