CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5043|Reply: 13

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Sunnah Nabi s.a.w.

[Copy link]
Post time 30-7-2021 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by boca120879 at 7-2-2022 02:31 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Mahmud bin Ghoilan, diceritakan oleh Abu Daud, diceritakan oleh Syu'bah,  diceritakan oleh Simak bin Harb, diceritakan oleh Abdurrahman bin Abdullah bin Mas'ud, diceritakan oleh bapanya (Abdullah bin Mas'ud),
Nabi s.a.w. bersabda,

"Allah akan memperindahkan seseorang
yang mendengar sesuatu daripadaku,

kemudian dia sampaikan (kepada orang lain)
sebagaimana dia mendengarnya.

Maka boleh jadi orang yang (baru) mendengarnya lebih faqih (faham)
daripada yang menyampaikannya."

(Hadith Tirmidzi no. 2581)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2021 09:18 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 9-11-2021 02:19 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

لَا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا

Janganlah kamu jadikan seruan Rasul di antara kamu
seperti seruan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain.

قَدْ يَعْلَمُ اللَّهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنْكُمْ لِوَاذًا

Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu
yang menarik diri ke luar (daripada majlis Nabi) secara berselindung.

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maka hendaklah orang-orang yang mengingkari perintah Rasul
takut akan ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih.

(Surah An-Nur 24:63)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2021 10:20 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 7-2-2022 02:31 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Sinan, diceritakan oleh Fulaih, diceritakan oleh Hilal bin Ali, daripada 'Atha bin Yasar, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Setiap umatku masuk syurga
kecuali yang enggan,"

Para sahabat bertanya,
"Wahai Rasulullah,
lantas siapa yang enggan?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Siapa yang taat kepadaku,
masuk syurga

dan siapa yang mengingkari aku,
bererti dia enggan."

(Hadith Bukhari no. 6737)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2022 10:31 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 7-2-2022 02:57 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ali bin Hujr, diceritakan oleh Baqiyyah bin al Walid, daripada Bahir bin Sa'd, daripada Khalid bin Ma'dan, daripada Abdurrahman bin Amru as Sulami, daripada al 'Irbadh bin Sariyah,

"Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. memberi nasihat kepada kami,
setelah solat Subuh.
Nasihat yang sangat menyentuh hati
sehingga membuat air mata mengalir
dan hati menjadi gementar.

Maka seorang sahabat berkata,
"Seakan-akan ini merupakan nasihat perpisahan,
lalu apa yang engkau wasiatkan kepada kami, ya Rasulullah?

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Aku wasiatkan kepada kalian
untuk (selalu) bertaqwa kepada Allah.

Mendengar dan taat (pada pemimpin)
meskipun terhadap seorang hamba Habsyi.

Sesungguhnya siapa sahaja di antara kalian yang hidup
akan melihat perselisihan yang sangat banyak.

Maka jauhilah oleh kalian,
perkara-perkara yang dibuat-buat (bid'ah),
kerana sesungguhnya hal itu merupakan kesesatan.

Barangsiapa di antara kalian yang menjumpai hal itu,
hendaknya dia berpegang teguh dengan Sunnahku
dan Sunnah para Khulafa al-Rasyidin yang mendapat petunjuk.
Gigitlah Sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham."

(Hadith Tirmidzi no. 2600)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2022 03:24 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 9-5-2022 07:45 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Yahya bin Musa & Ziyad bin Ayyub, diceritakan oleh Abu 'Amir Al 'Aqadi, daripada Sulaiman bin Bilal,
daripada 'Umarah bin Ghaziyyah, daripada Abdullah bin Ali bin Husain bin Ali bin Abu Talib,
daripada ayahnya (Ali bin Husain bin Ali bin Abu Talib), daripada Husain bin Ali bin Abu Talib, daripada Ali bin Abu Talib,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Orang yang bakhil
adalah orang yang apabila aku disebutkan
di hadapannya
maka dia tidak mengucapkan selawat kepadaku."

(Hadith Tirmidzi no. 3469)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2022 05:21 PM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin Al Mutsanna, diceritakan oleh Abdul Wahhab (Ats Tsaqafi), diceritakan oleh Ubaidullah,
daripada Sa'id bin Abu Sa'id, daripada Abu Salamah,
daripada Aisyah,

"Rasulullah s.a.w. mempunyai sehelai tikar
yang dibentangkannya pada malam hari,
sehingga menjadi tabir bagi bilik tempat Rasulullah s.a.w. solat.
Dan dibentangkannya di siang hari
apabila ada orang lain yang solat bersama Rasulullah s.a.w.
Pada suatu malam mereka kembali berkumpul
mengikuti (pelajaran) Rasulullah s.a.w.

Maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda,
“Wahai sekalian manusia,
hendaklah kalian beramal mengikut kemampuan kalian.

Sebab Allah tidak akan pernah bosan
sehingga kalian sendiri yang bosan.

Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah,
adalah amalan yang dikerjakan secara konsisten
meskipun sedikit.

Dan apabila keluarga Rasulullah s.a.w. melakukan suatu amalan,
maka mereka akan membuatnya secara konsisten."

(Hadith Muslim no. 1302)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-5-2022 12:56 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 10-5-2022 05:04 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Musaddad & Abu Bakr bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Yahya, daripada 'Ubaidullah bin Al Akhnas,
daripada Al Walid bin Abdullah bin Abu Mughits, daripada Yusuf bin Mahik, daripada Abdullah bin 'Amru,

"Aku menulis segala sesuatu
yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w.,
agar aku boleh menghafalnya.

Kemudian orang-orang Quraisy melarangku
dan mereka berkata,
"Apakah engkau akan menulis segala sesuatu yang engkau dengar,
sementara Rasulullah s.a.w. adalah seorang manusia yang berbicara
dalam keadaan marah dan gembira?"

Aku pun tidak menulis lagi.
Kemudian hal itu aku ceritakan kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. lalu berisyarat dengan meletakkan jarinya pada mulut,
lalu bersabda,
"Tulislah,
demi jiwaku yang ada di tangan-Nya,
tidaklah keluar darinya (mulut)
kecuali kebenaran."

(Hadith Abu Daud no. 3161)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2022 06:18 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 15-6-2022 09:36 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ahmad bin Al Azhar, diceritakan oleh Adam, diceritakan oleh Isa bin Maimun, daripada Al Qasim, daripada 'Aisyah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Menikah adalah sunnahku.

Barangsiapa tidak mengamalkan sunnahku,
bererti dia bukan daripada golonganku.

Menikahlah kalian,
kerana aku bangga dengan banyaknya umatku.

Siapa memiliki kemampuan harta,
hendaklah menikah.

Dan siapa yang tidak (mampu),
hendaklah berpuasa,
kerana puasa itu merupakan perisai."

(Hadith Ibnu Majah no. 1836)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2022 05:36 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 15-6-2022 09:42 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abu Ar Rabi' Al 'Ataki, diceritakan oleh Hammad (Ibnu Zaid), diceritakan oleh Tsabit Al Bunani, daripada Anas bin Malik,

"Pada suatu hari, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w.
seraya bertanya,
"Ya RasululIah, bilakah kiamat akan datang?"

Mendengar pertanyaan lelaki itu,
Rasulullah s.a.w. kembali bertanya,
Apa yang telah kamu siapkan
untuk menghadapi kiamat?"

Lelaki itu menjawab,
"Kecintaan kepada Allah
dan Rasul-Nya."

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya kamu akan bersama
orang yang kamu cintai.

Anas bin Malik berkata,
"Tiada yang lebih menyenangkan hati kami
setelah masuk Islam,

selain sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi,
"Sesungguhnya kamu akan bersama
orang yang kamu cintai."

Anas bin Malik berkata,
"Kerana saya mencintai Allah,
Rasulullah,
Abu Bakar
dan Umar.

Maka saya berharap kelak
akan bersama mereka
meskipun saya tidak dapat beramal
seperti mereka."

(Hadith Muslim no. 4777)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2022 05:52 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 7-4-2023 07:40 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin Yahya, diceritakan oleh Muhammad bin Yusuf,
daripada Ibnu Tsauban (Abdurrahman bin Tsabit bin Tsauban), daripada Hassan bin Athiyyah,
daripada Abu Kabsyah as Saluli, daripada Abdullah bin Amru,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sampaikanlah daripadaku
walaupun hanya satu (1) ayat.

Dan ceritakanlah daripada bani Israil,
dan (ia) tidak ada dosa.

Barangsiapa berdusta atas namaku
secara sengaja,
maka hendaklah dia menduduki tempat duduknya
di neraka."

(Hadith Tirmidzi no. 2593)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2022 12:47 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 21-7-2022 04:54 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin Basysyar, diceritakan oleh Abdurrahman bin Mahdi, diceritakan oleh Muawiyah bin Shalih,
daripada al Hasan bin Jabir al Lakhmi, daripada al Miqdam bin Ma'di karib,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Ketahuilah, boleh jadi sampai sebuah hadith daripadaku
kepada seseorang yang sedang bersandar di atas katilnya.

Kemudian orang yang bersandar itu berkata,
"Di antara kami dan kalian
adalah kitabullah (kitab Allah).
Maka perkara halal yang kami dapati di dalamnya,
kami halalkan.
Dan perkara haram yang kami dapati di dalamnya,
kami haramkan."

(Rasulullah s.a.w. bersabda),
"Dan sesungguhnya apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w.
adalah seperti yang diharamkan oleh Allah."

(Hadith Tirmidzi no. 2588)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2022 03:47 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 30-8-2022 08:03 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin Al Mutsanna, diceritakan oleh Al Walid bin Maslim, diceritakan oleh Abdurrahman bin Yazid bin Jabir,
diceritakan oleh Busr bin 'Ubaidullah Al Hadlrami, diceritakan oleh Abu Idris Al Haulani, diceritakan oleh Hudzaifah bin Yaman,

"Biasanya orang ramai bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
tentang kebaikan.

Tetapi sebaliknya, saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
tentang keburukan.
Kerana saya khuatir (ia) akan menimpaku.
Lalu saya bertanya,

"Wahai Rasulullah.
Kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan.
Kerana itu, Allah Ta'ala menurunkan kebaikan (agama) ini
kepada kami.

Mungkinkah sesudah ini timbul lagi keburukan?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Ya."

Saya bertanya lagi,
"Apakah setelah itu ada lagi kebaikan?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Ya, akan tetapi ada cacatnya!

Saya bertanya,
"Apa cacatnya?"

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kaum yang mengamal sunnah selain daripada sunnahku.
Dan memimpin tanpa hidayahku.
Kamu tahu tentang mereka
tapi kamu mengingkarinya."

Saya bertanya,
"Apakah setelah itu akan ada keburukan lagi?"

Jawab Rasulullah s.a.w.,
"Ya. Iaitu orang-orang yang menyeru
menuju ke neraka Jahanam.
Barangsiapa memenuhi seruannya,
maka dia akan dilemparkan ke dalam neraka itu."

Maka saya bertanya lagi,
"Wahai Rasulullah.
Tunjukanlah kepada kami ciri-ciri mereka."

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Baik. Kulit mereka seperti kulit kita
dan berbicara dengan bahasa kita."

Aku bertanya lagi,
"Wahai Rasulullah,
bagaimana petunjuk anda
seandainya saya menemui hal yang demikian?"

Jawab Rasulullah s.a.w.,
"Tetaplah kamu bersama jemaah kaum muslimin
dan imam (pemimpin) mereka."

Saya bertanya lagi,
"Jika tidak ada jemaah dan imam?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Tinggalkan semua kumpulan
meskipun kamu menggigit akar kayu
sehingga ajal menjemput.
Dan kamu masih tetap pada pendirianmu."

(Hadith Muslim no. 3434)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2022 12:06 PM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin 'Uthman bin Karamah, diceritakan oleh Khalid bin Makhlad, diceritakan oleh Sulaiman bin Bilal, diceritakan oleh Syarik bin Abdullah bin Abi Namir, daripada 'Atho`, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Allah berfirman,
"Siapa yang memusuhi wali-Ku,
maka Aku umumkan perang kepadanya.

Dan hamba-Ku tidak boleh mendekatkan diri kepada-Ku
dengan sesuatu yang lebih Aku cintai
daripada yang telah Aku fardhukan (wajibkan).

Jika hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepada-Ku
dengan amalan sunnah,
maka Aku mencintainya.

Jika Aku sudah mencintainya,

maka Akulah pendengarannya
yang dia jadikan untuk mendengar.

Dan pandangannya
yang dia jadikan untuk memandang.

Dan tangannya
yang dia jadikan untuk memukul.

Dan kakinya
yang dia dijadikan untuk berjalan.

Jika dia meminta kepada-Ku,
pasti Aku beri.

Dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku,
pasti Aku lindungi.

Dan Aku tidak ragu untuk melakukan sesuatu
yang Aku menjadi pelakunya sendiri (bagi pihaknya).

Sebagaimana keraguan-Ku untuk mencabut nyawa seorang Mukmin
yang dia (khuatir) terhadap kematian itu,
dan Aku sendiri khuatir
dia merasakan kepedihan sakitnya."

(Hadith Bukhari no. 6021)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2023 03:27 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 10-6-2023 07:34 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Abu Daud no. 1162
Darjat: Sahih

Diceritakan oleh 'Ubaidullah bin Sa'd, diceritakan oleh bapa saudaranya, diceritakan oleh ayahnya, daripada Ibnu Ishaq, daripada Hisyam bin 'Urwah, daripada ayahnya ('Urwah),
daripada Aisyah,

Nabi s.a.w. mengutus seseorang
menemui Uthman bin Mazh'un.
Lalu Uthman bin Mazh'un datang kepada Nabi s.a.w.

Maka Nabi s.a.w. bersabda,
"Apakah kamu membenci sunnahku?"

Uthman bin Mazh'un menjawab,
"Tidak, demi Allah wahai Rasulullah…
Bahkan sunnahmu lah yang amat kami cari."

Nabi s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya aku tidur.
Aku juga solat.

Aku berpuasa
dan juga berbuka.

Aku juga menikahi wanita.

Bertakwalah kepada Allah,
wahai Uthman.

Sesungguhnya keluargamu mempunyai hak atas dirimu.
Dan tetamumu mempunyai hak atas dirimu.
Dan kamu pun memiliki hak atas dirimu sendiri.

Oleh kerana itu berpuasa
dan berbukalah.

Kerjakanlah solat
dan tidurlah."

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.078697 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list