CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1579|Reply: 5

[Sarawak] Wanita rugi RM20,000 ditipu 'teman lelaki' maya

[Copy link]
Post time 31-7-2021 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Wanita rugi RM20,000 ditipu 'teman lelaki' maya




SIBU: Terpedaya dengan janji manis, teman lelaki yang dikenali melalui sosial media, seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM20,000.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata,  mangsa merupakan seorang  penyelia asrama, 43, mula berkenalan dengan suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahmad Zulhilmi kononnya dari Perancis melalui aplikasi media sosial instagram pada Mei lalu.

"Mangsa kemudian jatuh hati dengan lelaki berkenaan dan menjalinkan hubungan cinta secara maya melalui Whatsapp  di mana suspek menggunakan nombor telefon negara Perancis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Katanya, mangsa juga mengakui telah bercinta dengan suspek yang berjanji akan mengahwininya.

Setelah berjaya menawan hati pengadu, suspek kemudian meminta mangsa memasukkan wang ke akaunnya untuk membeli sebuah kereta namun jenamanya tidak dinyatakan.

"Tanpa curiga mangsa telah membuat pindahan wang ke dalam akaun suspek di sebuah bank bertempat di Jalan Kampung Dato sekitar jam 12 tengah hari Khamis lalu," katanya.

Berdasarkan fakta kes, pengadu telah melakukan lima transaksi membabitkan wang berjumlah RM20,000 ke akaun yang didaftarkan atas nama suspek sendiri.

Pada jam 7.52 malam hari yang sama, pengadu telah dihubungi suspek memaklumkan bahawa wang yang dipindahkan pengadu tiada di dalam akaun teman lelakinya kerana akaun tersebut telah disekat oleh pihak bank.

"Pengadu mula sedar dirinya telah diperdayakan apabila suspek memintanya untuk membuat transaksi pindahan wang semula ke dalam akaun yang sama," jelasnya.

Katanya, wanita tersebut kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sentral untuk tindakan dan siasatan lanjut.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun  Keseksaan kerana menipu," katanya.


.utusanborneo.com.my/2021/07/31


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2021 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh. Dah byk kes kena tipu mcm ni. Lagi nak percaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
20k tu boleh buat downpayment flat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudahnya pecaya.. tapi x taulah kot dah mabuk cinta, semua nmpk indah. Nk jadi pemangsa mesti ada sifat hati kering dan byk masa, sanggup bercintan cintun just for money.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2021 07:44 PM | Show all posts
Rdizz replied at 31-7-2021 10:07 AM
Mudahnya pecaya.. tapi x taulah kot dah mabuk cinta, semua nmpk indah. Nk jadi pemangsa mesti ada si ...

mesti ada ayat manis..
yang aku pelik dorang ni tau eks orang2 yang bakal ditipu ni byk duit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2021 07:46 PM | Show all posts
ellejo replied at 31-7-2021 09:06 AM
20k tu boleh buat downpayment flat.

mcm2 boleh buat..
time covid ni.. jangan tambah utang
beli rumah takper..

harap janganlah cepat percaya dengan orang yang kita baru kenal


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.374775 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list