CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 944|Reply: 5

Apa sudah jadi dengan Simone?

[Copy link]
Post time 31-7-2021 08:07 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Simone Biles menarik diri dalam dua lagi acara final di Olimpik Tokyo selepas perkara itu disahkan oleh Persekutuan Gimnastik Amerika Syarikat (USAG) sekali gus timbul keraguan mengenai aksinya di temasya berkenaan.
Bintang gimnastik berusia 24 tahun itu hadir ke Tokyo dalam memburu lima emas untuk menyamai rekod terbaik sepanjang zaman (sembilan emas), namun dia menarik diri dalam acara berpasukan dan tidak mempertahankan kejuaraan all around atas alasan masalah kesihatan mental.
Ia menyaksikan Simone, yang memenangi empat emas di Rio 2016, sudah kehilangan dua emas selepas mengambil keputusan menarik diri dalam dua acara hari ini.
"Selepas berunding lebih lanjut dengan kakitangan perubatan, Simone Biles mengambil keputusan menarik diri dari final acara melombol dan palang bertingkat.
"Dia akan terus dinilai setiap hari untuk menentukan apakah akan bersaing di final untuk senaman lantai dan batian titian," kata USAG dalam satu kenyataan.
Jumaat lalu, Simone berkata, dia bergelut dengan masalah mental block yang menyebabkan dia tidak mengambil bahagian sebelum ini di Tokyo.
USAG berkata, MyKayla Skinner akan beraksi dalam acara melombol bersama Jade Carey.
"Kami tetap kagum pada Simone, yang terus menangani situasi ini dengan keberanian dan semua atlet yang sentiasa bersedia dengan keadaan yang tidak dijangka ini," kata USAG
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2021 08:08 PM | Show all posts

SIMONE berdepan dengan keadaan yang tidak dijangka di Olimpik Tokyo. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Simone. Suka tengok aksi gimnastik dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sehari sblum tarik diri, Simone Biles masih melakukan training utk floor exercise discipline. Pada hari kejadian Biles tarik diri, beliau sempat buat satu percubaan vault. Problem dia sebenarnya adalah disorientation of space & direction atau dipanggil juga twistee dimana Minda xdpt bezakan arah & berapa kali pusing. Klu dlm gimnastik artistic mmg merbahaya keadaan ni sbb berpotensi mendatangkn kecederaan parah. Sukan ni mmg memerlukn konsentrasi 100% dan ketepatan masa & space. Tak silap olimpik Sydney, vault salah ukuran  rendah 5inci je pun telah menyebabkan few injuries pd gymnast di peringkat final. Mangsa termasuk Svetlana Khorkina.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Simone ni klu floor exercise mmg power. Saya suka tengok ending performance dia. Saya tak reti nak describe. Ending tu mmg trademark dia.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Usa dh dpt pengganti dh sunisa lee baru umir 18 thn dh menang pn individu all around
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.134553 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list