CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 834|Reply: 1

Cabaran Khairul Anuar berakhir

[Copy link]
Post time 31-7-2021 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Perjuangan jaguh memanah negara Khairul Anuar Mohamad di Sukan Olimpik Tokyo berakhir, apabila tumpas kepada pemanah Korea Selatan Kim Woo Jin pada pusingan ketiga acara Recurve Individu Lelaki, hari ini.
Walaupun menampilkan aksi membanggakan, pemanah kelahiran Kemaman, Terengganu itu masih gagal menyaingi kehebatan bekas juara dunia itu, apabila tumpas 0-6 di Lapangan Memanah Yumenoshima.
Woo Jin, yang menghuni ranking kelima dunia ternyata terlalu handal, apabila melakukan panahan sempurna 30 mata pada ketiga-tiga set, berbanding Khairul Anuar yang mencatat 27-27-29 mata.
Pencapaian itu menyaksikan pemanah Korea Selatan itu melebarkan rekod pertemuan dengan Khairul Anuar yang menghuni ranking ke-15 dunia, dengan lima kemenangan tanpa sebarang kejayaan memihak kepada pemanah negara itu.
Ketika ditemui pemberita selepas pusingan ketiga atau 16 terbaik itu, Khairul Anuar mengakui kehebatan pemanah dari Korea Selatan itu, walaupun dia sudah menampilkan aksi sebaik mungkin.
"Hari ini, Alhamdulillah, saya lebih bersedia berbanding aksi sebelum ini apabila fokus saya ketika melakukan panahan sedikit terganggu.
"Saya lebih fokus ketika melakukan panahan, tetapi dia (Woo Jin) jauh lebih baik walaupun saya sudah memberikan yang terbaik hari ini," kata bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu.
Dia berkata, tumpuannya kini adalah untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi beberapa kejohanan besar pada tahun hadapan, antaranya Sukan Komanwel Birmingham, Sukan Asia Hangzhou, China dan Sukan SEA Vietnam, selain Kejohanan Dunia di Amerika Syarikat.
"Sebenarnya, saya lebih memberi fokus kepada acara Recurve Berpasukan, penyertaan dalam acara individu ini sebagai bonus kepada saya.
"Sudah pasti selepas ini saya akan berusaha melayakkan diri untuk bertanding pada Sukan Olimpik Paris 2024. Saya perlu perbaiki lagi dari segi 'shooting' (melakukan panahan) pada kejohanan-kejohanan akan datang, supaya sudah benar-benar bersedia pada temasya Olimpik 2024," katanya.
Ditanya mengenai jurang antara pemanah Malaysia dan Korea Selatan, Khairul Anuar menjelaskan pemanah negara bermula agak lewat dalam asas sukan memanah, berbanding pemain negara itu yang ditanamkan mengenai perkara itu sejak di usia awal.
"Saya mula mewakili Terengganu pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 di Terengganu dan ketika mula memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2011, baru saya diberikan penerangan lebih mendalam tentang asas-asas sukan memanah.
"Itu yang membezakan majoriti pemanah Malaysia berbanding pemanah Korea Selatan, yang sering menguasai kejohanan di peringkat dunia. Namun, walaupun kita agak lewat diperkenalkan dengan asas memanah, tidak mustahil kita boleh menyaingi mereka satu hari nanti," kata pemanah berusia 29 tahun itu.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2021 08:10 PM | Show all posts

KHAIRUL Anuar mengakui sudah memberikan yang terbaik. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:00 PM GMT+8 , Processed in 1.311062 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list