CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 979|Reply: 1

Nuraisyah, Juni Karimah sasar 10 terbaik

[Copy link]
Post time 31-7-2021 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Dua pelayar negara, Nuraisyah Jamal dan Juni Karimah Noor Jamali tetap optimis dan berusaha menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik acara International 470 Wanita di Tokyo 2020.
Ketika saingan masih berbaki empat perlumbaan, mereka tidak sesekali akan berputus asa dan terus mencuba biarpun baru kali pertama beraksi di pentas terbesar dunia itu.
Juni mengakui dia bersama Aisyah sudah bersedia dengan segala kemungkinan dan mengatur perancangan untuk perlumbaan ketujuh dan kelapan.
"Setiap kali turun kami akan berusaha untuk memperbaiki kedudukan dan menempatkan diri dalam kedudukan lebih baik.
"Kalau boleh setiap perlumbaan kami mahu lakukan yang terbaik," katanya.
Mengulas mengenai angin di Pelabuhan Kapal Layar Enoshima, Juni berkata, dua hari pertama angin bertiup sekitar 15 ke 20 knots dengan ombak setinggi satu hingga dua meter (m), namun ia semakin perlahan sejak semalam.
Menurutnya, ramalan kaji cuaca menjangkakan mungkin angin akan bertiup sederhana esok.
"Bagi saya jika angin medium (sederhana) ia akan berikan kelebihan berbanding dengan apa yang berlaku ketika perlumbaan semalam.
"Bila angin mula perlahan kami berjaya mencelah masuk ke kedudukan ke-12 di mark one.
"Tapi kami dipintas ketika 'downwind'. Jadi untuk esok kami akan lebih berhati-hati dengan tindakan lawan dan cuba mengatur serta memperbaiki strategi untuk lebih baik lagi," katanya.
Selepas enam perlumbaan, pasangan negara itu kini berkedudukan tempat ke-20 daripada 21 peserta dengan saingan dikuasai pelayar dari Poland, Agnieszka Skrzypulec dan Jolanta Ogar.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2021 08:22 PM | Show all posts

DUA pelayar negara, Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali mahu memperbaiki kedudukan dalam acara International 470 Wanita di Tokyo 2020. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.736736 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list