CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 877|Reply: 0

[Sarawak] Dua kluster baharu dikesan Sarawak

[Copy link]
Post time 1-8-2021 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Dua kluster baharu dikesan Sarawak

KUCHING: Dua lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak iaitu Kluster Kandis Pantu di Sri Aman dan Kluster 511 Sentosa di Kuching, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata Kluster Kandis Pantu merupakan kluster komuniti manakala Kluster 511 Sentosa adalah kluster di tempat kerja.

Mengenai Kluster Kandis Pantu katanya, dikesan melibatkan dua rumah panjang di kawasan Kandis, Lachau dan Rapak Panyau, Pantu, Sri Aman.

“Seramai sembilan orang disaring dengan enam individu didapati positif termasuk kes indeks dan tiga individu lagi masih menunggu keputusan.

“Manakala enam kes baharu dilaporkan hari ini dengan kesemua individu terbabit telah ditempatkan di Hospital Sri Aman dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di daerah Sri Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kluster 511 Sentosa pula katanya, dikesan melibatkan asrama sebuah kem askar wataniah di Kota Sentosa di sini.

Menurut JPBNS, seramai 112 orang disaring dengan 12 individu didapati positif termasuk kes indeks dan 100 lagi individu didapati negatif.
“Kesemua kes positif ditempatkan di Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching,” katanya.

Jawatankuasa itu turut memaklumkan penamatan satu kluster membabitkan Kluster Sungai Sebetan di Saratok.

Penamatan kluster tersebut dibuat selepas tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari lepas.

“Jumlah kluster masih aktif setakat ini di Sarawak adalah 85 kluster dengan 10 daripadanya merekodkan penambahan 77 kes baharu manakala 75 tidak merekodkan penambahan kes baharu,” katanya.

Dalam pada itu, daerah Kabong, Dalat dan Mukah kini bertukar status merah daripada jingga hari ini.

Ketiga-tiga daerah itu bertukar status Jingga setelah masing-masing merekodkan 46, 45 dan 44 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

Daerah Pakan dan Beluru pula katanya, telah kembali ke status jingga daripada merah setelah merekodkan 38 dan 40 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. daerah berstatus merah di Sarawak kepada 17 manakala enam daerah berstatus jingga.

“Sementara sebanyak 11 daerah berstatus kuning dan enam daerah berstatus hijau,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/08/01



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.277733 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list