Jambatan Sungai Bintangor ditutup bermula 4 Ogos 2021
KUCHING: Jambatan Sungai Bintangor di Jalan Datuk Ajibah Abol bakal ditutup sepenuhnya bermula dari 4 Ogos 2021 hingga 27 Mac 2023. Ini bagi memberi ruang kepada kerja-kerja meroboh jambatan lama dan membina jambatan baru di lokasi yang sama.
Peta laluan alternatif (Lampiran A) disertakan bagi memudahkan rujukan pengguna jalan merancang laluan-laluan alternatif bersesuaian melibatkan kedua-dua arah, bagi mengelak tapak pembinaan jambatan tersebut sehingga tamat kerja-kerja pembinaan nanti.
Sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat, akan dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pejabat Wilayah Selatan
Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan dengan aliran trafik ini, sila berhubung dengan JKR Pejabat Wilayah Selatan (082-203096).
sarawakvoice.com/2021/08/04
|