CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 679|Reply: 0

[Sarawak] 13 lagi lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD

[Copy link]
Post time 12-8-2021 08:14 PM | Show all posts |Read mode
13 lagi lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD



KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 13 lokaliti di negeri ini berkuat kuasa antara 11 hingga 27 Ogos ini.

Menerusi kenyataan hari ini, JPBNS berkata PKPD ini melibatkan Rh Degum Usit, Nanga Puti, Kakus di Tatau, Rh Kepalin Omar di KM 58 Jalan Bintulu-Miri dan Rh Juan, Skim B, Bintangor di Meradong.

“Turut dikenakan PKPD Kuarters Pekerja Wahon Glass & Aluminium Sdn Bhd dan Kemena Industrial Estate di Bintulu sert Kampung Bungey, Debak di Betong.

“Di Kuching, PKPD ini melibatkan Kampung Braang Payang, Kampung Samariang Batu dan Kampung Pulo Hilir dan Kampung Pulo Ulu serta Kampung Sega di Bau.
“Arahan PKPD ini turut melibatkan Kampung Sg Pinang Baru, Kampung Sg Pinang Sega, Kampung Sg Pinang Lama dan Kampung Sg Pinang di Simunjan, Kampung Baru di Kota Samarahan dan Kuarters Pekerja Sri Datai Mining Sdn Bhd di Mukah,” katanya.

Sementara itu PKPD di Rh Regina, Sg Selidap di Saratok, Rh Chuat Empayang di Kabong dan Kampung Senari di Kuching ditamatkan hari ini.

Turut ditamatkan hari ini PKPD di Rh Gilbert Melina, Kampung Rawan Ili, Tanjung Bijat di Sri Aman, Rh Belong Anak Entalang, Nanga Serenggas, Ulu Anap di Tatau dan Kampung Empila, Kota Samarahan.

PKPD di Rh Labo Abit, Jambatan Lemua, Bakong, Rh Seman Riggie, Sg Nat, Jalan Samling, Tinjar dan Rh Ambon Menggat, Jambatan Lemua, Bakong di Beluru turut ditamatkan hari ini.

Dalam pada itu, polis Sarawak mengeluarkan 18 kompaun di Kuching (14), Padawan (2) dan Dalat (2) atas kesalahan melanggar garis panduan (SOP).
Antara kesalahan yang direkodkan keluar dari pusat kuarantin (7), gagal mengimbas kod QR MySejahtera (4), berkumpul dan tiada penjarakan fizikal (4), tiada permit rentas daerah (2) dan gagal mengemas kini buku daftar pelanggan (1).  



Utusanborneo/2021/08/012


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.039654 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list