CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 830|Reply: 0

[Sarawak] Tadika antara enam kluster baharu di Sarawak

[Copy link]
Post time 13-8-2021 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 13-8-2021 09:59 AM

Tadika antara enam kluster baharu di Sarawak


KUCHING: Institusi tadika merupakan antara enam kluster baharu yang diisytiharkan di Sarawak hari ini manakala empat kluster melibatkan komuniti dan satu melibatkan tempat kerja.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, bagi kluster melibatkan institusi tadika iaitu Kluster Jalan Sungai Maong di Kuching, dikesan melibatkan pekerja dan pelajar sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak (Tadika) di Jalan Sungai Maong.

"Daripada 99 orang yang disaring, 20 daripadanya didapati positif termasuk kes indeks sementara 75 individu telah didapati negatif dan empat individu masih menunggu keputusan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu bagi Kluster Skim Penempatan Stutong Baru, Kuching, ia merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan beberapa buah keluarga yang menetap di Skim Penempatan Stutong Baru, Jalan Stampin Baru.

Katanya, daripada 17 orang yang disaring, enam daripadanya didapati positif termasuk kes indeks manakala seorang individu didapati negatif dan 10 lagi individu masih menunggu keputusan.

Manakala jawatankuasa berkata bagi satu lagi kluster iaitu Kluster Taman Indah Landeh, Kuching juga merupakan kluster komuniti melibatkan penduduk di sebuah taman perumahan di Taman Indah Landeh, Jalan Sri Permai Off Jalan Landeh.

Katanya daripada 15 orang yang disaring, lapan daripadanya didapati positif termasuk kes indeks sementara tujuh lagi telah didapati negatif.

"Bagi Kluster Kampung Sungai Laruh, Kuching, ia merupakan kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan beberapa buah keluarga di Kampung Sungai Laruh, Jalan Seruling, Petra Jaya.

"Daripada 80 orang yang disaring, 12 orang didapati positif termasuk kes indeks dan 68 lagi individu telah didapati negatif," katanya.

Bagi Kluster Sungai Menok, Beluru ia juga merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Sungai Menok, Lapok, Tinjar,Beluru.

Katanya daripada 72 orang disaring, 20 orang didapati positif termasuk kes indeks sementara 40 individu didapati negattid dan 12 individu masih menunggu keputusan.
"Bagi satu lagi kluster iaitu Kluster Long Maktub, Sebauh ia merupakan kluster komuniti yang melibatkan sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Long Maktub, Tubau, Sebauh.

"Daripada 34 orang disaring, lapan didapati positif termasuk kes indeks, sementara 26 individu masih menunggu keputusan dan lima lagi kes baharu dilaporkan pada hari ini," katanya.

Jawatankuasa turut memaklumkan tiga lagi kluster diisytiharkan tamat hari ini, iaitu Kluster Nanga Sejugam, Julau; Kluster Jalan Haji Taha, Kuching dan Kluster Sungai Pelepak, Meradong selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan kluster ini.

"Ini menjadikan sebanyak 99 kluster masih aktif di Sarawak setakat ini dengan 18 merekodkan penambahan kes baharu sementara 81 kluster tidak penambahan kes," katanya.

Mengenai status daerah di negeri ini, Daerah Daro dan Belaga telah kembali ke status hijau selepas tiada kes dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ia dengan itu sekali gus menjadikan enam daerah di negeri ini kini berstatus Hijau.
Manakala, 20 lagi daerah masih berstatus Merah, empat daerah berstatus Jingga dan 10 daerah berstatus Kuning.



Utusanborneo/2021/08/13




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.045097 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list