View: 801|Reply: 1
|
Roslin harap dewan badminton dibuka
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Nazak, gulung tikar perkataan yang sinonim dengan pengusaha dewan badminton swasta apabila sukan berkenaan masih lagi belum mendapat lampu hijau untuk dimainkan di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Perkara itu bukan saja akan menjejaskan pendapatan pengusaha dewan itu sendiri malah akan terpalit dengan beberapa kesan lain membabitkan sukan badminton termasuk bakat baharu, perjalanan akademi dan juga persiapan pemain profesional.
Menurut bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim, walaupun kedai peralatan sukan dibenarkan dibuka semula, ia masih tidak boleh untuk memulihkan industri sukan badminton. "Kita mengharapkan dewan badminton diberi kebenaran dibuka semula, sepatutnya kerajaan perlu faham sukan ini adalah industri bukannya rekreasi. Memang ada bantuan yang diberikan namun ia dilihat kurang berbaloi dengan kerugian ditanggung pengusaha dewan.
"Lihat saja sektor gimnasium, 15,000 hingga 20,000 sudah ditutup, itu tidak kira yang sedang nazak sekarang. Saya tidak mahu sentuh sukan lain tapi badminton dan gimnasium ini mempunyai volume yang besar selain menjana pendapatan juga buat kerajaan," katanya.
Kata bekas pemain nombor satu dunia itu, Malaysia mempunyai kira-kira 2,000 dewan badminton swasta, namun kerajaan tidak nampak perkara berkenaan satu industri.
"Saya rasa jika dibenarkan buka semula dewan badminton dan gimnasium, semua pengusaha akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan setiap pengunjung yang memasuki premis perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan individu berkenaan sudah menerima vaksinasi lengkap.
"Pengusaha akan ikut setiap SOP sebab itu adalah pendapatan mereka. Mungkin boleh hadkan setiap premis hanya boleh buka separuh gelanggang. Jika dalam tempoh dua minggu tidak ada kes barulah boleh dibuka semua gelanggang," katanya.
Beliau berkata, SOP pula harus menggunakan arahan Kerajaan Pusat bukan berbeza mengikut pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing yang boleh mengundang kecelaruan.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ROSLIN (kanan) yakin pemilik dewan badminton swasta akan patuh SOP demi memastikan keselamatan pemain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|