CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1194|Reply: 0

[Kedah] Kontraktor dipenjara selepas gagal bayar denda RM1.5 juta

[Copy link]
Post time 17-8-2021 08:28 AM | Show all posts |Read mode
Kontraktor dipenjara selepas gagal bayar denda RM1.5 juta[size=0.8]Oleh BERNAMA - Ogos 16, 2021 @ 7:26pm


Nazrul Idham didenda sebanyak RM1.5 juta selepas mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan kerana menggunakan dokumen palsu bagi membuat tuntutan berjumlah RM512,090 dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2014 dan 2015. - NSTP/Luqman Hakim Zubir




ALOR SETAR: Seorang kontraktor terpaksa merengkuk dalam penjara selepas gagal membayar denda RM1.5 juta kerana menggunakan dokumen palsu ketika membuat tuntutan berjumlah RM512,090 kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2014 dan 2015.

Nazrul Idham Abu Nasir, 44, dihantar ke Pusat Koreksional Kamunting di Perak untuk menjalani hukuman penjara selama 36 bulan.

Dia berdepan enam pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, bagi setiap pertuduhan berkenaan.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Harmi Thamri Mohamad menjatuhkan hukuman denda RM500,000 atau penjara 12 bulan bagi pertuduhan pertama, kedua dan keenam selepas Nazrul Idham mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan.

Bagi tiga lagi pertuduhan, mahkamah mengguna pakai pertimbangan di bawah seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Nazrul Idham didakwa menggunakan lima invois palsu atas nama Hatching Technology Sdn Bhd berkaitan perkhidmatan membekal dan menyediakan perkhidmatan pakej latihan Pusat Kecemerlangan Industri: Pembangunan Modal Insan Dalam Sektor Pemborongan dan Peruncitan yang setiap satunya berjumlah RM98,518.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah restoran di depan UUM pada 10 Mac 2015.
Bagi pertuduhan kedua hingga kelima pula, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Pusat Kerjasama Universiti Industri (CUIC) UUM antara 17 Mac 2015 hingga 19 Mei 2015.

Bagi pertuduhan keenam, Nazrul Idham didakwa menggunakan satu invois berkaitan perkhidmatan membekal dan menyediakan pakej latihan 'dashboard' untuk peserta program anjuran CUIC di Universiti Malaya, Kuala Lumpur bertarikh 21 Januari 2014 dan invois Hatching Technology Sdn Bhd bagi membuat tuntutan berjumlah RM19,500 .
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di CUIC UUM di Sintok pada 30 Januari 2014.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sew Ping, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Evawani Farisyta Mohammad. - BERNAMA





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.039886 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list