CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1473|Reply: 4

[Perlis] Warga Thailand didenda RM7,000 cuba rasuah anggota PGA

[Copy link]
Post time 17-8-2021 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Warga Thailand didenda RM7,000 cuba rasuah anggota PGA[size=0.8]Aizat Sharif - Ogos 16, 2021 @ 1:45pm[email protected]







KANGAR: Seorang lelaki warga Thailand didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan suapan kepada seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai balasan melepaskannya daripada kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah di Padang Besar pada April lalu.
Tertuduh, Phuwanai Reangmanee, 30 turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.
Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thailand oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menawarkan suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM4,800 kepada seorang anggota PGA berpangkat Koperal sebagai balasan melepaskan dirinya atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana berada di negara ini tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan di ladang getah KTJ Komtak B Pos C26 Padang Besar jam 11.30 malam pada 23 April lalu.

Oleh itu, tertuduh didapati melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara satu perempat daripada tempoh penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azlina Khasim, manakala tertuduh diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.
Dalam hujahannya, Syed Muhammad Anwar memohon mahkamah memberikan hukuman ringan terhadap anak guamnya kerana itu adalah kesalahan pertama.
Azlina dalam hujahan balasnya memohon mahkamah memberikan hukuman sewajarnya kepada tertuduh kerana tertuduh tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah ketika berada di negara ini.
Wang tunai RM4,800 milik tertuduh juga dilucutkan hak dan diserahkan kepada kerajaan.
Tertuduh kemudian membayar denda yang dikenakan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2021 09:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
kihkihkih...saiya pon PATI...tapi Malaysia sayang sama bangla..dia worang kasi kita free vaksin pfizer...lagi...lepas..kita lontar batu sama dia punya kkm staf-Abangla
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Sawadekepppp
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
fuhhh banyak duit
thai tak best ke khaaaaa...?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.050150 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list