CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 892|Reply: 0

[Perlis] COVID-19: Perlis catat kadar Rt tertinggi

[Copy link]
Post time 17-8-2021 01:33 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Perlis catat kadar Rt tertinggi[size=0.8]Oleh Mahani Ishak - Ogos 17, 2021 @ 12:51pm[email protected]




KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 negara semalam kekal pada 1.05, bagaimanapun Perlis menjadi negeri mencatatkan Rt tertinggi dengan nilai 1.25.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun 11 negeri masih mencatatkan Rt melebihi purata kebangsaan.
"Perlis mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.25, diikuti Sarawak (1.23), Kelantan (1.19), Sabah dan Pulau Pinang (1.15) Perak (1.10) serta Melaka, Johor dan Kedah (1.09).
"Sementara Pahang dan Terengganu pula merekodkan Rt 1.08," katanya menerusi Facebook hari ini.

Daripada data itu, Selangor mencatatkan Rt 1.10 semalam, manakala Kuala Lumpur merekodkan (0.99) diikuti Negeri Sembilan (0.96) dan Putrajaya (0.93).
Labuan pula mencatatkan dua kes baharu.
Berdasarkan Model Pembendungan Risiko, Pendedahan dan Jangkitan (SEIR) Unjuran dan Pemerhatian Kes Harian COVID-19 yang dikongsi Dr Noor Hisham, kes harian berisiko melonjak melebihi 19,000 jika Rt kembali melebihi 1.2, kesan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).
Sekiranya pematuhan SOP dilakukan, Rt mampu turut sehingga 0.95 dan mengikut rekod Kementerian Kesihatan (KKM), Rt terendah pernah dicatatkan pada 0.81 pada 3 Mac lalu.
Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.037369 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list