View: 821|Reply: 1
|
Sinner bangkit di Cincinnati
[Copy link]
|
|
Cincinnati: Jannik Sinner meraikan hari lahir ke 20 dengan kejayaan memenangi saingan di ATP-WTA Cincinnati Masters.
Pemain muda itu melangkah ke pusingan kedua selepas cuaca hujan menangguhkan aksi permulaan minggu ini selain pencapaian rakan senegara, Fabio Fognini, 34, yang memberikan Itali pembukaan yang hebat.
Sinner memadam memori dimalukan ketika tewas pusingan pertama seminggu lalu di Toronto, apabila tumpas pada perlawanan pembukaan kepada pemain kelayakan dari Australia, James Duckworth.
Pemain muda di ranking 15 itu bermula baik di Cincinnati ketika dia menewaskan pemain Argentina, Federico Delbonis 6-2, 7-5.
Fognini turut melangkah selepas mengatasi Nikoloz Basilashvili dari Georgia, 7-6 (7/3), 6-3 dalam pertemuan pertama mereka.
"Saya memberikan aksi terbaik yang boleh," kata Sinner.
"Saya beraksi dan menang dalam perlawanan pada hari lahir saya di kejohanan besar."
Dominik Koepfer memenangi saingan membabitkan pemain Jerman dalam pusingan awal dengan menewaskan Jan-Lennard Struff 7-6 (7/2), 5-7, 6-3.
Bagi kategori wanita pula, finalis Roland Garros, Barbora Krejcikova melakukan penampilan dalam acara perseorangan di venue Midwest ketika dia menewaskan pemain Rusia, Daria Kasatkina 6-3, 6-2.
Pemain Switzerland, Jil Teighmann menewaskan Sorana Cirstea dari Romania. Manakala bekas juara Terbuka Perancis, Jelena Ostapenko mara selepas menewaskan Tamara Zidansek dari Slovania 7-5, 6-1.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pemain Itali, Jannik Sinner beraksi di ATP-WTA Cincinnati Masters. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|