View: 840|Reply: 1
|
Perginya legenda ragbi negara
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Bekas pemain ragbi kebangsaan, Datuk Abdul Ghafar Rajab menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Allahyarham yang juga bekas Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menghidap kanser paru-paru tahap empat disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi tadi.
Menerusi kenyataan media Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) memaklumkan jenazah dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20 Putrajaya.
Ketika berkecimpung dalam arena ragbi, Abdul Ghafar cukup terkenal sebagai pakar sepakan 'conversion' dalam pasukan negara yang bermain di posisi fullback.
Pencapaian Allahyarham yang cemerlang dalam sukan ragbi berjaya meletakkan dirinya di dalam pasukan kebangsaan bermula dengan mewakili skuad bawah 23 tahun pada 1979 dan kejohanan lain peringkat antarabangsa seperti Asian Rugby Football Union (ARFU) di Taiwan 1980, Kejohanan King's Cup (1981 sehingga 1985) dan Asian Rugby Football Union (ARFU) pada 1985 di Fukuoka, Jepun.
Allahyarham yang juga ketua pasukan ragbi kebangsaan era 80-an sentiasa menjadi contoh kepada pemain-pemain lain sekali gus memberikan kesan positif kepada pasukan ragbi kebangsaan.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|