Edited by Vellfire at 18-8-2021 06:03 AM
Filem pendek acara perniagaan Sarawak menang Anugerah Filem Los Angeles
Pasukan BESarawak merakamkan gambar bersama Abdul Karim (tengah), Amelia (dua kiri) dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Hii Chang Kee (tiga kiri).
KUCHING: Sarawak merangkul anugerah pada Anugerah Filem Los Angeles (LAFA) di bawah kategori ‘Honourable Mention for Commercials’ untuk filem pendek acara perniagaannya bertajuk ‘Sarawak-New Normal in Business Events’.
Business Events Sarawak (BESarawak) dalam kenyataan berkata ini merupakan kemenangan filem antarabangsa pertama bagi industri acara perniagaan Malaysia oleh BESarawak sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran ‘Tribe Legacy Sarawak’.
Filem pendek ini berkolaborasi dengan beberapa pihak berkepentingan daripada komuniti acara perniagaan dan acara bukan perniagaan untuk mendidik mengenai protokol keselamatan ketika menganjurkan dan menghadiri mesyuarat korporat, insentif korporat, persidangan dan pameran di Sarawak.
“Meskipun Kerajaan Sarawak telah vaksin lebih 89 peratus dewasanya, tertinggi di Malaysia, kita tidak boleh terlepas pandang kepentingan langkah-langkah keselamatan COVID-19.
“Saya sangat menggalakkan industri lain untuk menggunakan filem ini dan menjadikannya sebahagian daripada strategi pemasaran mereka supaya kita dapat menjadi destinasi yang bertanggungjawab,” kata Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Bercakap mengenai destinasi bertanggungjawab, Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak Amelia Roziman berkata ia adalah penting untuk kita menganjur acara perniagaan yang patuh kepada peraturan keselamatan.
Untuk memulakan dan melindungi industri katanya, kita mesti pertama mendidik industri mengenai apa yang dimaksudkan menjadi bertanggungjawab dan bagaimana.
“Saya percaya filem pendek ini akan menjadi sumber pendidikan penting dan menarik delegasi negara dan antarabangsa semula apabila langkit kita dibuka semula kelak,” kata Amelia.
Pemuzik Sarawak Alena Murang dan syarikat produksi Sarawak Eye juga meranggul anugerah pada LAFA tahun ini.
[/youtube]
utusanborneo.com.my/2021/08/18
|