Edited by Vellfire at 18-8-2021 01:04 PM
Kes baharu COVID-19 Sabah terus meningkat mencecah 2,413
KOTA KINABALU: Kes baharu COVID-19 di Sabah terus melonjak ke paras yang amat tinggi sehingga mencecah 2,413 semalam.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata peningkatan sebanyak 310 lebih tinggi berbanding hari sebelumnya itu turut disebabkan oleh keputusan saringan tertunggak (backlog) iaitu sebanyak 258 bersamaan 10.7 peratus.
“Untuk kes hari ini Kota Kinabalu mencatat 594 kes baharu iaitu penambahan 127 kes berbanding hari sebelumnya yang turut diikuti oleh Tawau sebanyak 348 yang juga meningkat sebanyak 93.
“Beberapa daerah lain juga mencatatkan penambahan kes termasuk Penampang 177 kes dengan penambahan 42, Lahad Datu 125 bertambah sebanyak 47 kes, Sipitang bertambah kepada 47 kes menjadikan 82 kes semalam dan Tenom 82 kes iaitu bertambah sebanyak 21 berbanding hari sebelumnya,” katanya dalam kenyataan harian COVID-19 semalam.
Masidi berkata beberapa darrah lain turut mencatatkan kes tinggi iaitu Tuaran 174, Sandakan 150, Keningau 153, Kalabakan 47, Ranau 16 dan Telupid 18 kes bagaimanapun sebahagian besar kawasan yang dinyatakan menunjukkan pengurangan.
Tambahnya hanya tiga daerah yang mencatatkan kurang dari 10 kes iaitu Nabawan sembilan, Kuala Penyu enam dan Tambunan lima kes.
“Seperti kes sebelum ini saringan kontak rapat kekal sebagai penyumbang utama kepada penambahan kes harian di Sabah sebanyak 1410 kes iaitu lebih separuh daripada kes keseluruhan manakala saringan bergejala mencatatkan sebanyak 538 diikuti saringan kluster sedia ada sebanyak 233 kes.
“Sembilan individu dikategori pada tahap empat dan lima dan 11 pada kategori tiga manakala kategori dua mencatatkan kes paling tinggi sebanyak 1363 diikuti 1026 daripada pesakit kategori satu,” katanya.
Tambahnya terdapat satu kluster baharu yang direkodkan iaitu Kluster Sungai Pin 2 di Kinabatangan yang mencatatkan 20 kes keseluruhan setakat ini dengan penambahan 19 kes baharu semalam.
Dalam pada itu katanya seramai 48.4 peratus penduduk dewasa Sabah sudah memperolehi satu dos vaksin dan 24.7 paratud yang lain berjaya melengkapkan pengambilan dua dos vaksin.
utusanborneo.com.my/2021/08/18
|