|
KUCHING: Warga emas berusia 74 tahun berjaya membantu menyelamatkan 351 nyawa menerusi menderma darah.
Penderma darah,Yunos Erol telah menderma darah sejak 42 tahun lalu iaitu sebanyak 117 kali sejak tahun 1979.
Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) berkata, beliau telah menderma sebanyak dua kali iaitu pertama pada 12 April sepanjang tahun ini.
"Pakcik Yunos bin Erol ajak penderma dan adik kakak yang sihat tubuh badan datang derma darah di Pusat Tabung Darah Hospital Umum Sarawak ari tok.
"Pakcik Yunos mula derma dari tahun 1979 dan kinek tok dah menderma darah sebanyak 117 kali!," katanya menerusi laman Facebook rasmi.
Beliau berkata, pihak Tabung Darah HUS mengajak orang ramai agar mengikut jejak pak cik Yunos untuk menderma darah.
Orang ramai tidak perlu membuat janji temu dan turut diberikan keistimewaan menggunakan tempat letak kenderaan di hadapan bangunan Tabung Darah HUS.
"Jom ekot langkah Pakcik Yunos. 351 nyawa dah nya tolong. Kamek orang bukak jam 8.00 pagi sampe 1.00 petang (sesi pagi), sambung balit jam 2.00 petang sampe 4.30 petang.
"Sik perlu appointment. Datang ajak. Makan dan minum dolok. Jangan datang perut kosong. Lepas ya dapat merasa Milo Blood Bank yang dibancuh dengan rasa penuh kasih sayang.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|