CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 715|Reply: 0

[Sarawak] Jangan sebar berita tidak sahih, hanya JPBNS keluarkan kenyataan rasmi

[Copy link]
Post time 19-8-2021 08:46 PM | Show all posts |Read mode
Jangan sebar berita tidak sahih, hanya JPBNS keluarkan kenyataan rasmi

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memohon kerjasama semua pihak untuk tidak berkongsi dan menyebarkan berita yang tidak sahih atan palsu.

Menurut jawatankuasa ia termasuk berhubung COVID-19 melalui media sosial, media cetak dan “social messaging”.

“Segala perkembangan rasmi terkini atau maklumat berhubung COVID-19 akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Bilik Gerakan Negeri, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak di talian 082-443991,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu hari ini, sebuah portal berita mendakwa JPBNS mengadakan mesyuarat pada pagi tadi bagi membincangkan perkara berkaitan pandemik COVID-19.

Mesyuarat berkenaan dipercayai turut membincangkan termasuk sekatan pergerakan (lockdown) bagi melandaikan lekukan jangkitan COVID-19 di Sarawak.


utusanborneo.com.my/2021/08/19



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.043329 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list