CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 687|Reply: 0

[Sarawak] Dadah: Dua wanita didenda RM3,000

[Copy link]
Post time 19-8-2021 08:51 PM | Show all posts |Read mode
Dadah: Dua wanita didenda RM3,000


KUCHING: Dua wanita didenda RM3,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 2.58 gram dadah jenis ketamine, Mei lalu.

Majistret Zubaidah Sharkawi juga mengarahkan Siti Diah Haizawaty Nazaruddin, 24, dan Emelda Maja, 20, untuk dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengikut pertuduhan, dua sekawan tersebut didakwa memiliki 2.58 gram ketamine pada 27 Mei lalu, jam 10.30 malam di sebuah kondominium di sini.

Hasil pemeriksaan di ruang tamu kondominum itu mendapati terdapat enam batang rokok dipercayai berisi dadah jenis ketamine.

Ia diletakkan di atas meja tempat kedua-dua tertuduh duduk semasa ditahan pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kedua-dua tertuduh dilaporkan membayar denda tersebut.


utusanborneo.com.my/2021/08/19



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.040443 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list