CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1078|Reply: 1

[Sarawak] 10 kawasan dikenakan PKPD mulai esok

[Copy link]
Post time 19-8-2021 10:23 PM | Show all posts |Read mode



KUCHING: Terdapat sepuluh kawasan di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, tiga buah kawasan rumah panjang iaitu Rumah Patrick Andin Uli, Sungai Serakit, Sebauh, Rumah Machau, Nanga Kumpang, Engkelili dan Rumah Edwin Engkulau Jelani, Nanga Belungai, Tatau dikenakan PKPD bermula 18 hingga 31 Ogos.

“Dua buah rumah panjang iaitu Rumah Berayun, Sungai Nansang Tugong di Pakan dan Rumah Achi, Sungai Baladian di Julau dikenakan PKPD bermula 19 Ogos hingga 4 September ini.

“Manakala PKPD di Kampung Sungai Maong, Kuching, Kampung Hilir Maludam dan Kampung Pusa di Pusa, Kampung Sibuluh dan Kampung Nowang di Bau serta Pig Farming Area di Simunjan dikenakan bermula 20 Ogos hingga 2 September ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan sama, JPBN mendedahkan PKPD di lima kawasan penempatan iaitu Rumah Joseph Enja, Kampung Bangkong Asal, Pantu, Rumah Laham, Bangkong, Pantu, Rumah Faizal, Engkeramut dan Rumah Gunong, Samak, Undop dilanjutkan bermula 18 hingga 24 Ogos manakala PKPD di Kampung Bintawa Tengah dan Ulu dilanjutkan bermula 20 Ogos hingga 2 September ini.

Sementara itu katanya, PKPD di lima buah kawasan lagi ditamatkan hari ini iaitu Kampung Sessang, Kabong, Rumah Engkabang Angang, KM23 Jalan Bintulu-Miri, Kuarters Pekerja Hock Peng Realty di Bintulu, Kuarters Pekerja Sim Swee Joo, Jalan Sungai Nyigu di Bintulu serta Kampung Jirok di Simunjan.




Suarasarawak/2021/08/19

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2021 10:25 PM | Show all posts
Dua kluster baharu di Sarawak libatkan komuniti




KUCHING: Dua lagi kluster Covid-19 diisytiharkan di Sarawak, hari ini iaitu kluster Jalan Bubut Sojak, di Bau dan kluster Nanga Puti di Tatau.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, kluster Jalan Bubut Sojak, Bau merupakan kluster komuniti yang melibatkan beberapa buah keluarga di dua buah perkampungan iaitu Kampung Bobak Sajong dan Kampung Bobak Sejinjang di kawasan berkenaan.

“Daripada 60 orang yang disaring, seramai 25 orang individu didapati positif termasuk kes indeks, 26 individu didapati negatif dan sembilan lagi masih menunggu keputusan makmal,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

JPBN menambah, kluster Nanga Puti, Tatau ialah kluster komuniti yang melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Nanga Puti, Tatau.

“Seramai 49 orang telah disaring dan 37 orang didapati positif termasuk kes indeks, 12 masih menunggu keputusan makmal dan 33 kes baharu dilaporkan pada hari ini,” jelasnya.

Sementara itu, JPBN memberitahu tiga kluster lagi iaitu Kluster Po Ai, Sri Aman, Kluster Pagar Tebedu, Tebedu dan Kluster Jalan Teo Kui Ngo, Meradong diisytiharkan tamat hari ini setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang melibatkan kluster tersebut.

Sebanyak 118 kluster Covid-19 masih aktif iaitu 17 kluster mempunyai penambahan kes positif baharu dan 101 kluster lagi tiada penambahan kes.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.106622 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list