|
KUCHING: Dakwaan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang menyatakan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah melepaskan peluang untuk seorang Perdana Menteri dari Sabah dan Sarawak kerana memilih Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, adalah tidak konsisten.
Kelab Penyokong GPS dalam kenyataan berkata, Chong telah mendakwa GPS lebih memilih Ismail Sabri berbanding mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang boleh mewakili Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) sebagai PM ke Sembilan nanti
Kenyataan itu menambah, parti Pakatan Harapan (PH) sendiri dilihat tidak konsisten dengan keputusan mereka sendiri untuk meletakkan siapakah calon yang layak untuk memegang jawatan tertinggi itu.
Katanya lagi, DAP Sarawak sepatutnya tidak menyalahkan GPS kerana telah mencalonkan nama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baru.
Semalam, Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan seorang pemimpin yang bersikap ekstremis.
Katanya, daripada ucapan-ucapanya sebelum ini, calon Perdana Menteri kesembilan itu tidak pernah menunjukkan sikap ekstremis dan beliau juga mempunyai kemampuan untuk bekerja, kredibiliti yang tinggi dan sangat sensitif kepada keperluan rakyat.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|