CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 896|Reply: 1

[Kedah] 7,000 Jalur Gemilang diedar di Baling

[Copy link]
Post time 27-8-2021 11:27 AM | Show all posts |Read mode
7,000 Jalur Gemilang diedar di Baling[size=0.8]Safuri Kamarudin - Ogos 27, 2021 @ 11:14am[email protected]


Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Nasir Idris (kiri) memasang Jalur Gemilang di cermin sebuah kereta ketika Program Kempen Kibarkan Jalur Gemilang di Pekan Baling, semalam. NSTP/Safuri Kamarudin





BALING: Bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di daerah ini, sejumlah 7,000 Jalur Gemilang diedar kepada pengguna Jalan Baling-Sungai Petani bagi dikibar di kenderaan masing-masing.

Penyerahan Jalur Gemilang berkeaan dilakukan bersama Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Nasir Idris kepada orang ramai semalam.

Abdul Azeez Abdul berkata, fahaman politik perlu diketepi dalam perjuangan kemerdekaan, sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu menghayati erti kemerdekaan.

Katanya, beliau bersama Nasir sendiri turun padang dalam usaha memupuk semangat cintakan negara yang perlu dilakukan berterusan bagi memastikan semua rakyat bersifat lebih patriotik.

"Bermula hari ini (semalam), Jalur Gemilang akan diedar kepada orang ramai agar semuanya dapat mengibarnya di rumah, masjid, surau dan premis masing-masing bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun kemerdekaan.

"Semangat ini harus ditunjukkan pada setiap masa dan saya mohon jika ternampak Jalur Gemilang yang jatuh di jalan raya atau di mana sahaja, tolong kutip dan simpan atau pasang kembali di tempat yang sesuai," katanya pada Program Kempen Kibarkan Jalur Gemilang di Pekan Baling.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat.

Abdul Azeez berkata, mengutip Jalur Genilang yang jatuh adalah antara cara memupuk semangat cintakan negara dan menghargai kemerdekaan yang diperjuang generasi terdahulu.

Katanya, rakyat juga diingatkan supaya tidak mempersia-siakan kemerdekaan yang ada kerana ia perlu dijaga demi kesinambungan generasi akan datang.

"Berikutan itu, 7,000 Jalur Gemilang bersaiz kecil dan besar diedarkan kepada pengguna jalan raya, premis dan pejabat kerajaan.

"Progam ini akan berterusan sehingga 16 September supaya rakyat bersama-sama memeriahkan sambutan kemerdekaan ini," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2021 01:17 PM | Show all posts
Kenapa dibaling jalur gemilang tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.058189 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list