CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1317|Reply: 11

[Sarawak] Gempur habis-habisan, rumah bilik sewa

[Copy link]
Post time 28-8-2021 08:00 PM | Show all posts |Read mode
BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) digesa memeriksa rumah bilik sewa berhabis-habisan bagi mengekang penularan  kes Covid-19.

Sehubungan itu, kemasukan penyewa baharu dikenal pasti faktor utama peningkatan kes jangkitan di Bintulu.

Ahli Parlimen Bintulu, Dato' Seri Tiong King Sing menggesa BDA memeriksa rumah bilik sewa bagi memastikan pemilik premis mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurutnya, pihaknya menerima aduan daripada penyewa bilik yang memaklumkan bahawa kehadiran penyewa baharu telah menyebabkan premis mereka dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran kes positif.

"Sepatutnya pemilik rumah sewa mewajibkan keputusan ujian calitan sebelum membenarkan orang menyewa bilik bagi mengelak kejadian berlaku.

"Saya meminta pihak BDA agar memeriksa rumah bilik sewa berhabis-habisan minggu depan," katanya pada sidang media di sebuah hotel ternama di sini semalam.

Beliau berkata, tindakan tegas  akan diambil menggunakan Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya pemilik masih enggan bekerjasama dalam hal tersebut.

"Jika mereka tidak mahu bekerjasama, saya telah mencadangkan kepada BDA supaya menggunakan Ordinan PBT untuk merobohkan pembahagi bilik sewa.

"Kami cuma minta mereka bekerjasama membantu dalam mengawal penularan jangkiran. Selama ini kami banyak bertolak-ansur," katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2021 08:01 PM | Show all posts
Harap Kuching pun laku kan juga ...

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2021 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak share jg, tempat daku di Semenanjung ni, staff hospital terdekat dtg ketuk pintu rumah sorg2 utk buat bancian vaksin. Diorg minta tgk sijil vaksin kt MySejahtera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
cucutokwan89 replied at 28-8-2021 09:34 PM
Nak share jg, tempat daku di Semenanjung ni, staff hospital terdekat dtg ketuk pintu rumah sorg2 utk ...

Kat belah mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Berita ni maksudkan bilik sewa plywood yg atas shoplot tu ya? Mmg patutla landlord kena minta test PCR dulu sblm bagi sewa. Kesian tenant sedia Ada tu. Dah la satu hall paling sikit 10 bilik. 1 bilik 2org pulak. Tandas cum bathroom cuma 2.

Tapi saya harap jgnla robohkan partition tu. Kesian utk penyewa. Dah itu yg diorg mampu. Golongan duk bilik sewa shoplot ni lah b40 yg paling jarang dpt bantuan. Pemberi bantuan biasa tgk alamat je. Klu satu hall ada 2 bilik minta Bantuan silap2 dua2 xdpt sbb alamat & unit yg sama. Wlwpun diorg lain household.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 12:19 AM | Show all posts

lembah klang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2021 01:10 AM | Show all posts

anggap saja mcm check nyamuk aedes.. terpulang kamu nak buka atau tak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2021 07:45 AM | Show all posts
cucutokwan89 replied at 28-8-2021 09:34 PM
Nak share jg, tempat daku di Semenanjung ni, staff hospital terdekat dtg ketuk pintu rumah sorg2 utk ...
owh ...
ok la gtu ...


harap memang betul staff hospital ...

kalau kat Sabah dan Sarawak ni... lagi2 kat ulu pendalaman ... payah la kot nak wat gni...
sebab ada rumah tu berjarak sangat ... hanya dapat sampai guna perahu gtu ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2021 07:47 AM | Show all posts
fatinandreanna replied at 29-8-2021 12:10 AM
Berita ni maksudkan bilik sewa plywood yg atas shoplot tu ya? Mmg patutla landlord kena minta test P ...
baca ayat bawah tu ...
ades kesian nya ...

semoga d permudahkan urusan mereka2 ni ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2021 07:48 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 29-8-2021 01:10 AM
anggap saja mcm check nyamuk aedes.. terpulang kamu nak buka atau tak
Boleh ke gtu...?

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 29-8-2021 07:45 AM
owh ...
ok la gtu ...


Insya Allah boleh dipercayai. Mmg nampak pakai kenderaan hospital

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2021 03:24 PM | Show all posts
cucutokwan89 replied at 29-8-2021 09:09 AM
Insya Allah boleh dipercayai. Mmg nampak pakai kenderaan hospital
haaa kalo guna kenderaan spital ... sahih la tu ...
sebab scammer kita lom sampai tahap boleh nipu guna kenderaan logo spital

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.721117 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list