CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 966|Reply: 1

[Sabah] 45 pelajar Sabah terima biasiswa Petronas

[Copy link]
Post time 30-8-2021 02:01 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Seramai 45 pelajar dari Sabah yang mencapai kejayaan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 menerima biasiswa di bawah Program Penajaan Pendidikan  Petronas (PESP) tahun ini.

Lima daripada pelajar berkenaan akan melanjutkan pengajian di universiti luar negara manakala selebihnya ditempatkan di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Kesemua mereka adalah antara 301 penerima PESP dari seluruh negara, yang dipilih daripada 10,000 permohonan diterima tahun ini.

Ketua Petronas Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab berkata walaupun keadaan mencabar sekarang berikutan pandemik COVID-19, Petronas kekal komited terhadap sumbangannya dalam pembangunan pendidikan dan modal insan untuk terus melahirkan pemimpin berwibawa dan tenaga kerja yang cekap.

“Ini adalah usaha yang telah kami pacu sejak 46 tahun lepas. Kami percaya pada kuasa dan nilai pendidikan dalam meningkatkan kehidupan serta membawa negara maju ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Petronas akan melaburkan lebih RM120 juta bagi membiayai pengajian 301 penerima biasiswa itu tahun ini, sementara penajaan diperluaskan merangkumi bidang-bidang seperti Biokimia, Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran & Perdagangan), dan Sains Alam Sekitar bagi menyokong agenda kelestarian dan tenaga yang lebih bersih daripada Petronas. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2021 02:02 AM | Show all posts
Tahniah adik-adik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 1.114417 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list