CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1738|Reply: 2

[Pulau Pinang] Rabu depan tarikh keputusan kes SUV terjunam ke laut

[Copy link]
Post time 24-9-2021 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Rabu depan tarikh keputusan kes SUV terjunam ke laut [size=0.8][size=0.9]Audrey Dermawan
[email protected]


K Vaitheswaran, 23, hadir di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, bagi kes kemalangan maut yang membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX5 yang terhumban ke laut di Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian 2.54 pagi 20 Januari 2019. FOTO DANIAL SAAD



Bukit Mertajam: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan Rabu depan untuk memutuskan kes bekas pendandan rambut didakwa menyebabkan kematian seorang pelajar kolej dengan memandu secara cuai pada 2019.

Hakim Mahkamah Sesyen Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin yang bertindak sebagai Majistret membuat keputusan itu selepas peguam M Vaitheswaran, K Paramanathan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya baharu sahaja menerima hujahan bertulis daripada pihak pendakwaan semalam dan belum membuat hujahan balas.

"Menurut pihak pendakwaan, mereka mengirim email hujahan bertulis itu kepada saya tetapi saya tidak menerimanya.

"Oleh itu, saya meminta mahkamah berikan masa untuk membalas hujahan bertulis itu," katanya.

Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Sepanjang perbicaraan, seramai 12 saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Nazri Abdul Rahim berkata, ini adalah kes kepentingan awam dan tidak perlu berlengah lagi.

"Saya percaya jika mahkamah menginginkannya, ia dapat memutuskan perkara itu sekarang. Bagaimanapun, kami akan menyerahkannya kepada mahkamah untuk memutuskannya," katanya.

Mohammad Nazri berkata, hujahan bertulis itu hanya untuk dipertimbangkan oleh mahkamah dan bukan pihak pendakwa atau peguam bela.

"Kami akan berpegang teguh pada hujahan kami sebelum ini," tambahnya.

Ahzal Fariz kemudian memberitahu Paramanathan bahawa dia seharusnya sudah memeriksa dengan pihak pendakwaan lebih awal dan tidak menunggu hingga saat-saat terakhir untuk melakukannya.

"Mengapa anda tidak menghubungi pihak pendakwaan lebih awal ketika anda tidak menerimanya?

"Mengapa hanya hubungi mereka semalam ketika keputusan ditetapkan untuk hari ini?" katanya.

Ahzal Fariz juga mengesahkan bahawa mahkamah telah menerima hujahan bertulis oleh pihak pendakwaan.

Paramanathan kemudian meminta maaf dan mengakui kesalahannya dan mengatakan bahawa beliau seharusnya melakukannya.

Beliau mengatakan bahawa ini adalah kes kepentingan awam, kepentingan pelanggannya juga harus dipertimbangkan.

Ahzal Fariz berkata, beliau berharap perkara seperti itu tidak berulang di masa depan sebelum menetapkan Rabu depan untuk keputusan.

Mahkamah juga meminta Paramanathan untuk menyampaikan balasannya selewat-lewatnya pada Selasa depan.

Pihak pendakwaan menyerahkan hujahan bertulis kepada mahkamah dan peguam pada akhir bulan Ogos.

Vaitheswaran, 23, didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Moey Yun Peng, 20, di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang (menuju Prai) kira-kira jam 3 pagi pada 20 Januari 2019.

Mayat Yun Peng ditemui di tempat duduk pemandu selepas kenderaan itu diangkat dari dasar laut tiga hari kemudian.

Vaitheswaran didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda hingga RM20,000, jika disabit kesalahan.

Disiarkan pada: September 24, 2021 @ 2:16pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2021 05:35 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke sama2 di bawah pengaruh dadah dan alkohol? Siap race lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.064454 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list