CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1452|Reply: 1

[Pulau Pinang] Prof Madya Zurina Hassan dapat anugerah dari Jerman hasil penyelidikan berkaitan

[Copy link]
Post time 26-9-2021 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Prof Madya Zurina Hassan dapat anugerah dari Jerman hasil penyelidikan berkaitan ketum[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
[email protected]


PROF Madya Zurina Hassan, 45. FOTO Ihsan Prof Madya Zurina





Georgetown: Penyelidik daripada Pusat Penyelidikan Dadah Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, menerima anugerah penyelidikan antarabangsa Georg Forster daripada Yayasan Alexender Von Humbolt Jerman, 4 Ogos lalu.

Anugerah yang diterima pensyarah dalam bidang farmakologi, Prof Madya Zurina Hassan, 45, itu berdasarkan kajiannya terhadap ketum dan potensinya.

Menerusi anugerah yang diterima, beliau bersama sembilan lagi pemenang turut diberi dana berjumlah RM294,000 bagi menyambung penyelidikannya di Jerman.

Zurina berkata, kajian berkenaan dilakukan terhadap ilmu saraf asas yang berkaitan dengan gangguan neurologi dan psikiatri, seperti ketagihan dan penyakit Alzheimer selain mencari rawatan baharu bagi gangguan itu.

Katanya, kajian itu dilakukan bagi mengenalpasti tindak balas ketum apabila ia masuk ke dalam badan manusia.

"Contoh, kita dapat mengetahui jumlah dos yang menyebabkan ia mendatangkan ketagihan atau memberi kesan terhadap memori.

"Anugerah itu akan saya terima secara formal daripada Presiden Persekutuan Jerman Frank-Walter Steinmeier pada Jun 2022 di Berlin," katanya dihubungi di sini, hari ini.

Pertandingan berkenaan membabitkan 2,000 penyertaan dari seluruh dunia yang mana hanya 10 penyelidik dipilih.

Ia dianjurkan bagi menggalakkan penyelidik dari luar, terutama di negara membangun, supaya menyumbang kepakaran masing-masing kepada institusi penyelidikan di Jerman.

Mengulas lanjut, Zurina berkata, bagi memulakan kajian berkenaan, beliau dijangka ke Universiti Erlangen, Jerman pada Januari depan.

Katanya, dengan dana sebanyak itu, dia diberi tempoh enam bukan hingga 12 bulan bagi menyiapkan kajian.

"Saya bercadang mahu membawa hasil penyelidikan berkaitan bunga telang bagi dibincangkan di Jerman, mengenai bagaimana ia berpotensi dalam memulihkan ingatan merawat penyakit lupa seperti dementia dan Alzheimer.

"Saya bercadang mahu ia dikomersialkan sebagai kapsul seterusnya dipasarkan," katanya yang juga penasihat pakar sementara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2015 dan 2016.

Pada 2008, pusat pengajian itu menerima mandat kluster kecemerlangan sebagai Pusat Kecemerlangan Institusi Tinggi (HICOE) oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Pusat pengajian itu melihat ketagihan dadah sebagai salah satu masalah kesihatan negara yang sebelum ini tidak dapat diselesaikan lalu menubuhkan makmal neurosains ketagihan pertama di Malaysia.

Penyelidikannya dikhaskan bagi model penagihan dadah yang berkaitan dengan penyalahgunaan ubat-ubatan dalam kalangan masyarakat Asia.





Disiarkan pada: September 25, 2021 @ 4:46pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng ketum mesti bangga.

Tahniah prof. Kena buat kajian klinikal oversea, taboo la buat kat sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.042289 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list