Edited by lolipopbiru at 27-9-2021 11:57 AM
Hadir di Mahkamah Majistret Seremban semalam, pendakwah bebas Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz tiada istilah kayangan terhadap dia dan isterinya, Neelofa. PU Riz berkata dia dan isteri sama seperti rakyat Malaysia lain dimana mereka juga perlu melalui proses mahkamah dan tidak melebihi undang-undang. Neelofa, PU Riz dan peguam mereka, Muhammad Shafee berbincang sesuatu selepas serahan dokumen selesai di Mahkamah Majisteret pada Jumaat “Saya cuma nak cakap, tiada istilah kayangan. Tiada siapa yang melebihi undang undang. Kita hormati dan akur yang mahkamah tetapkan. “Saya dan isteri juga melalui proses mahkamah sama seperti mana rakyat Malaysia lain. Insya-Allah, doakan kami,” katanya. Semalam, PU Riz dan Neelofa hadir di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai, Mei lalu. Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris di Kompleks Mahkamah Seremban pagi tadi.‘Kami yakin kes Neelofa ada peluang cerah’
SEREMBAN – Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yakin kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya di sebuah premis permaidani di Nilai, Mei lalu mempunyai peluang yang baik untuk menang. “Kami agak yakin kes ini bagus, tetapi kadangkala kita buat representasi supaya tidak buang masa, benda ini kecil, daripada semut ia jadi gajah. “Dokumen telah diterima dan kami akan kaji untuk persiapan pembelaan atau membuat representasi,” katanya sebagai pihak pembelaan selepas prosiding itu. Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 21 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes pelanggaran SOP PKPB oleh pasangan selebriti popular tersebut. Sebelum ini, Kosmo! melaporkan pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu. Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di Nilai 3 di sini pada 2 Mei lalu. – K! ONLINE
|