CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2070|Reply: 1

[Pulau Pinang] Tembok penahan tebing runtuh ranapkan kereta

[Copy link]
Post time 1-10-2021 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Tembok penahan tebing runtuh ranapkan kereta[size=0.8]Oleh Audrey Dermawan - Oktober 1, 2021 @ 5:16pm[email protected]


Kejadian tembok penahan tebing runtuh di lorong belakang Lengkok Halia, Georgetown pagi tadi meranapkan sebuah kereta yang gagal dialihkan penduduk



GEORGETOWN: Sebahagian daripada tembok penahan tebing dekat Lengkok Halia di sini, runtuh pagi tadi menghempap dan meranapkan sebuah kereta milik penduduk setempat.

Punca kejadian pada jam 9.30 pagi itu belum dapat dipastikan.

Datuk Bandar Pulau Pinang, Datuk Yew Tung Seang, berkata pihaknya menyedari beberapa rekahan berlaku pada struktur tembok penahan itu semalam sebelum menasihatkan orang ramai supaya mengalihkan kenderaan masing-masing dari kawasan terbabit.

"Bagaimanapun, ketika pemeriksaan pagi tadi, kami dapati enam kenderaan yang diletakkan bersebelahan dengan tembok penahan itu dengan lima pemilik berjaya diminta mengalihkan kenderaan masing-masing tetapi kami gagal berbuat demikian terhadap kenderaan keenam.

"Malangnya, sebahagian daripada tembok penahan runtuh, sekali gus meranapkan kenderaan terbabit," katanya kepada NST, hari ini.

Rakaman selama 13 saat yang tular di media sosial menunjukkan tembok penahan itu tiba-tiba runtuh dan menghempap sebuah Proton Saga.

Tung Seang berkata, pihaknya ketika ini menunggu laporan berhubung insiden terbabit daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sebelum merangka tindakan selanjutnya.

"Kita akan tunggu laporan penuh bagi menentukan punca di sebalik runtuhan tembok penahan ini.

"Memandangkan ini kawasan rizab JPS, mereka perlu membuat kerja-kerja pembaikan," katanya.

Sementara itu, JKR Daerah Timur Laut menerusi kenyataan di Facebook mengumumkan penutupan laluan di bahagian belakang Lengkok Halia.
Katanya, tindakan itu berikutan mendapan permukaan jalan berdekatan laluan air di kawasan terbabit.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2021 10:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.076137 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list