View: 3064|Reply: 11
|
Anak Shah Rukh Khan ditahan dalam serbuan dadah
[Copy link]
|
|
Anak Shah Rukh Khan ditahan dalam serbuan dadah
ARYAN Khan. FOTO IG
Mumbai: Anak kepada bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, ditahan polis India dalam satu serbuan dadah di atas kapal persiaran dekat ini.
Aryan Khan, 23, dan tujuh lagi individu ditahan oleh anggota polis yang Biro Kawalan Narkotik (NCB) yang melakukan penyamaran ketika melakukan serbuan di atas Cordelia ketika kapal itu berlayar menuju ke Goa.
Khan ditahan kerana dipercayai terbabit menggunakan, membeli dan menjual bahan terlarang, kata pegawai polis Vishwa Vijay Singh.
Pegawai NCB mendakwa merampas sejumlah dadah termasuk MDMA, ekstasi, kokain, mephedrone dan ganja daripada suspek yang terdiri daripada dua pengedar dadah dari Delhi dan Haryana.
Seorang Pegawai NCB yang enggan dikenali berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai dakwaan parti dadah dan menghantar pegawai polis menyamar sebagai penumpang kapal yang berlepas pada malam Sabtu itu.
Bagaimanapun, kapal itu dibenarkan meneruskan perjalanan selepas lapan suspek dibawa ke darat.
Shah Rukh Khan, 55, adalah antara bintang paling popular di India dan berjaya mengelakkan daripada kontroversi sepanjang tiga dekad dalam bidang seni.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
baik ko jd pelakon je dekk, ni menjual dadah pulak jd kerjaya harap tak mudah2 dilepaskan sbb bapak ko srk |
|
|
|
|
|
|
|
Ye la kan. Kalo berlakon sure letops neh.
tahniah, SRK berjaya memperbaiki DNA keturunannya. |
|
|
|
|
|
|
|
makaih mata dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Awat yang pi mendadih
Haritu kata nak jadi pelakon under pengarah terkenal something
Haihh |
|
|
|
|
|
|
|
Muka kendu, sayang jual dada. Bapak femes kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
No no no
Jangan ikut langkah arwah pelakon itewww
Apak ko dah femes mendoniaaa
Pakai je kabel car langkawi yang sangat2 kuat tu
Pedulikkkkk la nepotism |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 4-10-2021 04:44 PM
No no no
Jangan ikut langkah arwah pelakon itewww
Apak ko dah femes mendoniaaa
Arwah pelakon mana ni sis? Hollywood ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian apak dia.. duit bnyk pn anak jd mcm2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat bollywood ni da dah mmg da biasa kn...
Ramai je artis2 join party yg ada dadah
X silap mase kes retis yg bunuh diri tu kan byk siasatan yg dibuat... Termasuk la part2 yg involve dadah n ramai artis terkenal join party tuh.. Siap karan johar pun di katakan buat party ada dadah.. Ada yg cite srk n bini dia pun join party tu.. Hrithik roshan n wife pun |
|
|
|
|
|
|
|
bapak cari duit bagai nak gila..ank jd penagih plak..betulla bakat xboleh diwarisi...same goes to kekayaan..kohkoh
nway nama senior kaka mnasa kerja kt GLC dulu haryana..xsangka nama tempat kt negara leluhur
|
|
|
|
|
|
|
| |
|